Hye uolss...amacam puasa, ok lg tak..mesti la ok kan..rasanya kawan-kawan blog saya ni semua umur akil baligh kan haha..setakat nak puasa tu harap takde la yg culas yer! :P
Nak share sikit dengan korang ni..mungkin sangat membantu terutama dalam bulan ramadhan ni..
Selalu ada persoalan tentang perkara yang membatalkan puasa bila buat mana-mana prosedur perubatan...ada yang takut tak boleh nak buat atau ada yang terus tak puasa sebab nak buat prosedur tu..
jom kita tengok..
- Semua jenis suntikan samada IV atau IM kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy).
- Tablet Nitroglycerin..ubat ni letak kat bawah lidah (sublingual) untuk rawatan serangan jantung.
- Semua bentuk rawatan melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan Doktor yang memeriksa (digital examination).
- Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
- Tampal gigi atau cuci gigi selagi tidak tertelan atau masuk ke dalam halkum.
- Pendermaan darah atau penerimaan darah.
- Bantuan oksigen atau gas pelali (anaesthetic gases)
- Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun boleh meresap dalam kulit.
- Ambil darah untuk ujian makmal
- Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.
- Laparoscope yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
- Semua jenis ubat kumur seperti mouth gargle atau penyembur mulut selagi tidak tertelan.
- Uteroscope (IUCD) yang dimasukkan ke dalam rahim.
- sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy)
- Ubat sedut asma (inhaler)
- Semua jenis ubat dimasukkan melalui anus(dubur)
- Pembedahan menggunakan pelalian seluruh badan (GA) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
- suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis
- Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.
ok kat bawah ni salinan asal yang saya dapat dari Facebook..siap dengan rujukan dilampirkan..
Semoga siapa-siapa yang musykil boleh la rujuk kat sini..nak share pun ok :D
2 comments:
THANKS KONGSI.. ADA JUGAK YG akak BARU TAHU NI :-)
@IntaNBerliaN sama-sama kak..harap boleh la buat rujukan kawan-kawan terutama yang tgh on treatment
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D