Sahabatku

Monday, July 23, 2012

Bulan puasa VS bulan pesta makanan

Assalamualaikum :)



Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31)



Dua gambar yang jauh perbezaannya...kita yang terlalu mewah dengan makanan dan segala macam pasti tidak merasa apa yang saudara kita kat tempat lain yang terpaksa atau pun langsung tak dapat menikmati apa itu nikmat makan dan minum..sedih kan..

Dah jadi satu tradisi kat negara kita yang saya nampak la sebab tak pernah pergi negara lain hehe bulan ramadhan disambut seperti pesta bulan makanan..bazaar ramadhan menghidangkan seribu satu macam jenis makanan..lain lagi hotel dan restoran yang menawarkan buffet yang memang akan rambang mata dibuatnya kalau tengok jenis hidangan..

Perkara biasa la kan semasa lapar semua benda kita akan nampak sedap dan nak makan..masa tu syaitan dah mula berkerja..tapi bila dah start makan mungkin hanya 1 atau 2 jenis jer yang mampu kita makan..selebihnya.....masuk tong sampah la jawabnya..atau bagi kucing makan..kucing pun nak muntah tengok makanan banyak sangat...kan dah jadi satu pembaziran..geng dengan syaitan!

Uols! ingat la tujuan utama kita berpuasa untuk apa..bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga selama berbelas jam dan selepas tu mengkedarah secara sesuka hati..bersederhana la..

Bila saya tahu masih ada orang yang tak mampu nak makan sekadar untuk berbuka dan bersahur saya rasa sangat tersentuh..bayangkan la makanan yang kita bazirkan selama ini kalau dapat kat dorang alangkah bersyukurnya mereka..

So kalau rasa nak pergi bazaar tu dan takut tak mampu nak tahan nafsu makan bila tengok macam-macam boleh jer korang bawa duit sekadar yang perlu..kalau dah habis duit balik terus..

Saya setakat 2 hari puasa ni takde hati pulak nak ke bazaar, elok lagi rasanya kalau masak sendiri..kebersihan terjamin..


p/s seronok masak kat umah mak sebab ada chef kecik rajin sungguh tolong saya..part paling dia suka adalah membasuh..sambil2 boleh main air hehe :P






TERIMA KASIH SUDI BACA :)

8 comments:

jal said...

tu lah, beli banyak2 dekat bazar buat untung tauke kedai tu jer nak buat per sedangkan kita sendiri yang rugi, pastuh untung dekat tong sampah jer lar

Cik Rongoks said...

makan kena berpada2 bulan puasa nie.jgn ikut nafsu sgt.hikhik

iEdA said...

betol 2..godaan makan bln posa ni btambah 100%..kalo yg pegi bazar 2,mmg mudah tergoda lah sbb tengok semua sedap + mcm bentuk n warna..yg penting ingat nk makan apa jer..jgn ikut nafsu..hehe :)

misshannajr said...

@jal kalau membeli byk tu sedekah kat org ada gak pekdahnya kan :D

misshannajr said...

@Cik Rongoks betul tu..kena sederhana jer..kalau tak takde makna la nak tahan lapar seharian kan :)

misshannajr said...

@iEdA kalau masak sendiri lg bgs hehe..tau jelah kalau dah mls masak tu mst masak pun ala kadar jer,,tak membazir

IntaNBerliaN said...

berbulkalah setakat yg mampu.. jgn membazir..

misshannajr said...

@IntaNBerliaN asal kenyang sudah..kalau lebih kenyang ssh nak solat hehe

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D