Sahabatku

Tuesday, July 24, 2012

Perkara yang tidak membatalkan puasa dalam bidang perubatan

Assalamualaikum :)


Hye uolss...amacam puasa, ok lg tak..mesti la ok kan..rasanya kawan-kawan blog saya ni semua umur akil baligh kan haha..setakat nak puasa tu harap takde la yg culas yer! :P


Nak share sikit dengan korang ni..mungkin sangat membantu terutama dalam bulan ramadhan ni..


Selalu ada persoalan tentang perkara yang membatalkan puasa bila buat mana-mana prosedur perubatan...ada yang takut tak boleh nak buat atau ada yang terus tak puasa sebab nak buat prosedur tu..


jom kita tengok..



  1. Semua jenis suntikan samada IV atau IM kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy).
  2. Tablet Nitroglycerin..ubat ni letak kat bawah lidah (sublingual) untuk rawatan serangan jantung.
  3. Semua bentuk rawatan melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan Doktor yang memeriksa (digital examination).
  4. Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
  5. Tampal gigi atau cuci gigi selagi tidak tertelan atau masuk ke dalam halkum.
  6. Pendermaan darah atau penerimaan darah.
  7. Bantuan oksigen atau gas pelali (anaesthetic gases)
  8. Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun boleh meresap dalam kulit.
  9. Ambil darah untuk ujian makmal
  10. Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.
  11. Laparoscope yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
  12. Semua jenis ubat kumur seperti mouth gargle atau penyembur mulut selagi tidak tertelan.
  13. Uteroscope (IUCD) yang dimasukkan ke dalam rahim.
  14. sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy)
  15. Ubat sedut asma (inhaler)
  16. Semua jenis ubat dimasukkan melalui anus(dubur)
  17. Pembedahan menggunakan pelalian seluruh badan (GA) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
  18. suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis
  19. Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

ok kat bawah ni salinan asal yang saya dapat dari Facebook..siap dengan rujukan dilampirkan..


Semoga siapa-siapa yang musykil boleh la rujuk kat sini..nak share pun ok :D

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

THANKS KONGSI.. ADA JUGAK YG akak BARU TAHU NI :-)

misshannajr said...

@IntaNBerliaN sama-sama kak..harap boleh la buat rujukan kawan-kawan terutama yang tgh on treatment

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D