Sahabatku

Sunday, May 19, 2013

DIY pearl hand bouquet untuk siapa?

Assalamualaikum :)

Ni bukan tenggelam timbul dah...asyik tenggelam tak timbul2 hehe..ai takde mood la nak hapdet blog sejak lappy ai problem..skrg guna lappy ayah miahaha..

Nak tunjuk projek DIY yang ai buat..untuk ai ke? no..no..bukan..huhu belum masa lagi..ni ai buat khas untuk kawan ai yang akan jadi PUAN 2 jun ni..ai tak dapat attend majlis dia so ai volunteer nak buatkan dia HB..hehe..selamba jer kan..mcm la pernah buat..takpe ai goggle la hehe..ada beberapa blog yang ajar cmana nak buat step by step..nnt ai bgtau la blog mana..tak ingt link..

ok tak boleh nak taip banyak2 ni..tgh nebes tunggu kakak keluar dr operation room..dia kena ceaser sebab dah sakit sangat tapi takde bukaan pun..pastu jahitan ms first baby pulak sakit..kira Dr cakap boleh meletup kalau bersalin normal..hurm nnt ai cerita pasal anak fruit baru yer!

Tadaaa!! ni la dia HB yang ai dah siapkan tapi td upload kat FB tnya pendapat kwn2 mana patut tambah..atau nak tkr kaler ker..owh ramai yg kata nak tukar riben bg bright sket atau contra sket dr kaler pearl dan bunga..ok InsyaAllah smpt lagi kot nak ubah hehe..



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Saturday, April 27, 2013

Gwiyomi, bila nak berhenti ni??

Assalamualaikum :)

Ingatkan dah kurang panas dah gwiyomi n tapi makin menjadi2 pulak dah...

Dari sekecik-kecik budak hingga la setua2 orang pon nak gak buat benda ni,,comel?? cute??

Bagi saya satu perkataan jer..GELI!!

Korang tak rasa geli ke..haha..saya sorang jer kot rasa macamtu..kalau budak buat takpe juga..ni dah tua perasan pulak comel..

Ada yang buat upload kat youtube katanya nak dedicate kat husband..tp yang p upload kat youtube tu bukan setakat husband awak jer tengok..beratus ribu husband..exhusband dan bakal husband orang dok tengok..
Dengan aksi macamtu, agak2 takde ke lelaki ajnabi yang akan telan liur dan jatuh hati..letak balik kedudukan asal jatuh kutip lagi haha..

Dah-dah la dengan benda yang kureng manfaat tu..

Banyak lagi benda yang mendatangkan faedah untuk kita buat kat laman sosial..share benda2 baik InsyaAllah dapat gak pahala.. :)
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Friday, April 26, 2013

LHDN..cukai pendapatan mcm buruk siku..

Assalamualaikum :)

Yeayy! akhirnya sumpahan berakhir!! setelah beberapa bulan tak buat entry kira tak jenguk langsung belog..hari jumaat yang mulia ni tetiba rasa nak menaip pulak...lepas cashout hasil nuffnang semalam hehe..dah lama sgt simpan..bukan banyak pun tp boleh la buat bayar broadband :)

Semalam dan harini saya on leave..gila stress keja tak cuti2 bbrapa bulan..bila nak cuti bulan mac tu cuti plak kena beku gara2 kes pencerobohan di Lahad Datu..dan hanya cair pd awal april tu..

Actually dah berapa kali jumaat asyik tertangguh nak pergi LHDN..mokcik dah layak bayar cukai nokss! sobsob..

Bila fikir balik kan rasa tak logik juga cukai pendapatan ni..makin tinggi gaji kita macam2 pula nak kena bayar..dengan perbelanjaan harian yang semakin mencanak naik tanak turun2 dah..pastu kena bayar cukai pulak..dah bagi nak balik..buruk siku kan hahaha..grrr!

Walaupun bayar tak seberapa tp makin tahun makin bertambah pulak..lagi2 orang maintain bujang tua ni..gaji makin naik tanggungan yang boleh declare tak muncul2 lagi kat dunia..hurm!

Sebab tu saya lebih rela bayar zakat banyak sikit dari kena bayar cukai..sebab zakat kita tau mana pergi dana semua tu..7 golongan asnaf adalah penerima tetap dan dapat juga bantu umat islam yang anak2 nak belajar boleh mohon biasiswa..tapi duit cukai kita?? tak tahu hala tuju..lain la orang dapat BR1M..dok umah menganggur pon free jer dapat duit..ehe..ni takde kaitan dengan politik ek!




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Saturday, February 2, 2013

Dah jumpa "SEMANGAT" itu..

Assalamualaikum :)


Tergaru-garu kepala..bukan sebab ada kutu tp pening dah tak reti nak buat entry..nak insert pic ponngg dah lupa hehe..sekian intro saya..

Lama giler tak update blog kecintaan ni..nasib tak lupa password kihkih..
Apekejadahnyerrr masuk-masuk blog dah tayang kek ni kannnn???
hehe..saja..kot ada yang rindu menatap kek hasil kejadian tangan aiii kannn..ni la dia nak menunjuk jap :P

Hampir-hampir give up dah nak melawan kemalasan nak hapdet blog ni..aiii busyyy tauuu..macam tak cukup 24jam sehari..wekss!! padahal bengkok jer tak dok hadap lappy..tp nak buat 1 entry punya la payah..ada la datang jenguk dari jauh jer hehe..walaupun jumlah sahabat2 yang dok ikut blog ni tak berkurang mahupun bertambah tp Alhamdulillah ada gak yang sudi menjenguk..pastu td aii gelak sakan bila tengok keywords kat nuff selama aii tak jaga blog ni..macam-macam korang carik haha..

Hah!! kek kat atas tu aii buat masa birthday adik tecik tua kami haritu..31 jan sebenarnya tapi celebrate awal sebab dia dah nak balik CFSIIUM..gigihkan juga diri nak buat itu ini..sempat la bakoor sebiji kek ni pastu sejukkan pulak dengan snowww...jd la snow cheese cake bakorrr hehe..aii tipu..pastu buat nasi tomato dan ayam masak merah..gulpp! aii lapor..
nanti la saya share resepi ek..giler gigil tangan ni nak taip tau..ni namanya keterujaan ekstrem :P

Uollss!! Alhamdulillah...saya bukan saja-saja taknak hapdet blog ni tau*alasan* hehe..tapi aii sebenarnya busy sket..aii ada buat biz sket..jual cadar corak kartun..pastu jual coklat minda dan chocollagen..aii dah cantek tau sekarang sbb mkn collagen hahahaha..nak sedapkan hati sebab gigil ni lagi setahun nak masuk 3 series..harus la nak kena makan collagen bagai..persiapan bak kata orang..hehe..

Dan 2 hari yang lepas saya dah berjaya buat online shop saya..Alhamdulillah..tak sangka..semuanya tiba-tiba jer.. kalau nak jenguk moh la ke Hanna's Little SHOP ...kecil-kecilan jer pongg..baru nak mula..segan lagi ni..jalan pun tunduk jerrr.. kihkih..

ok la sekian Wassalam..babai uolss..


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Wednesday, December 26, 2012

Jangan Terus Letak Hukum

Assalamualaikum :)

Semalam cuti best kan..hehe..kurang sikit hari yang perlu pergi kerja miahaha..bukan tak ikhlas kerja tp seronok la dapat cuti..boleh juga merempit balik kampung..

Semua kita tahu kan, semalam cuti sempena sambutan hari natal atau hari krismas yang diraikan oleh penganut beragama kristian..dan ramai juga tahu yang sambutan krismas ini adalah sambutan keagamaan.

Ramai juga yang post kat FB dan buat entry pasal hukum orang Islam ucap selamat hari krismas pada kawan2 atau family..yang saya pernah dengar dulu memang hukumnya haram..tak ingat sumber dari mana saya dengar..tp ikut jelah..lepas daripada tu n-memang takut nak wish kawan-kawan.

Ramai yang tak merujuk mungkin terus letak hukum sendiri ikut logik akal..yer..memang logik la kalau nak kata haram sebab seperti kita turut sama gembira dengan sambutan keagamaan orang lain.

Tapi semalam kot, amnesia jap..betul-betul tak ingat hahaha..tp yang pasti saya tengok kat tv..yang tu saya tak lupa..miahaaha..

Saya dengar rancangan BICARA kat tv alhijrah..wah tiba-tiba amnesia sembuh haha..tetamu dalam rancangan tu seorang mufti iaitu Dr Juanda yang merupakan mufti negeri Perlis dan Ustaz Azamir kalau tak silap dari jabatan mufti N9..

Dari situ baru saya tahu, sekadar mengucapkan takde masalah sebenarnya..takde la sampai jatuh hukum haram..sekadar mengucapkan untuk menjaga keharmonian hidup berbilang kaum..yang jatuh haram tu kalau kita buat apa-apa upacara yang memang berkaitan keagamaan mereka seperti caroling ke semua tu..

Saya pun takut nak cakap lebih..kang tersalah cakap pulak..kalau nak dengar dan tengok sendiri boleh la cari kat youtube..kot ada..so boleh la faham lebih jelas kan..hehe..


#sebab takut berdosa saya ucap cepat2 kat kawan saya, dia pun blurr hehe



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Sunday, December 23, 2012

Excited nak tunggu tahun baru..

Assalamualaikum :)

Masyukkk la kan bulan ni..gaji masuk plusss bonusss plusss pulak duit OT...lagi best ada pulak tunggakan..bukan satu tunggakan tapi dua sekaligus dapat..syukur alhamdulillah..

Bukan nak riak atau takbur..kalau nak dibandingkan dengan korang berapa sangat la fulus saya tu..tapi tetap bersyukur pada yang memberi..yang maha pemurah..kita hanya berusaha, tanpa izin Allah kita tetap takkan dapat semua yang kita ada sekarang ni..

Sebenarnya niat saya bukan nak cerita berapa jumlah yang saya dapat bulan ni..tapi excited nak buat sesuatu..azam saya tahun depan..hehe..tunggu tahun depan la ek..aci tak? mulai tahun depan saya nak konsisten buat saving at least 10% dari gaji saya..tak nak dah kejap simpan kejap tak..sebab bila fikir balik dah masuk 7 tahun in service tapi saving ciput jer..sakit hati sendiri bila fikir balik..

Susah hati bila fikir kalau ada rezeki berkeluarga nanti takde saving..kalau ada emergency..dah pencen nanti..kali ni memang saya nekad nak plan betul-betul saya punya perbelanjaan..ingat kan nak mula bulan ni sebab ada lebih duit tapi ada jer hal nak guna duit..tapi ni hal penting..sebab tu tak sabar nak tunggu bulan depan..tahun depan nak start buat semua ni..


#kenapa la barang makin mahal..nak berjimat pun susah :(
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Kena jangkitan virus

Assalamualaikum :)

Parah dah saya sekarang ni..sapa yang dapat tolong saya?? Teruk hinggakan nak buat apa tak boleh..sebab tu blog ni terbiar macamtu jer..kalau la tahu macamni jadinya takkan saya nak biarkan diri dijangkiti..

Dah berapa tahun dah saya tak terjebak dalam kancah Kdrama ni, dah insaf sebab ingat diri dah tua takmo la layan cerita2 jiwang-jiwang ni haha..

Tapi ada seorang kawan saya memang teruk dah addicted dengan drama korea ni..memang tak boleh nak bendung dah..siap dengan anak-anak dia sekali pun gila kan apa-apa jer pasal korea..haisshh!

Gara-gara akak ni la saya terjebak semula..cuma sempat tengok beberapa part jer tapi saya dah terjatuh cinta dengan jalan cerita drama ni..ehemm! hero pun hensem walaupun dah tua miahaha..

Eh! lupa nak bagitau tajuk drama tu.."My Love Madame Butterfly"
hehe..saya tengok online..best la cerita ni walaupun sakit hati bila line internet macam ciput jer..tabahkan hati jer demi nak tengok senyuman yang argghh!! melted i tau :P


Drama ni buat saya jatuh hati sebab banyak cerita berkisarkan family yang boleh buat saya mengalir air mata..pasal persahabatan..bukan cerita cinta semata-mata..

Tak sabar nak tengok episod seterusnya, currently episode 21 with english subtitle..sepatutnya episod 22 dah keluar tapi sebab baru2 ni korea ada election so tak dapat nak tayang pulak..drama ni pun sekarang tengah tayang kat TV korea..kira terbaru la.
Tadi tengok dah ada episod 22 dan 23 tapi takde sub..terkebil2 la tengok tak paham apa dorang cakap miahaha..


#masak la nak tunggu sampai 50 episod T__T


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

Friday, December 14, 2012

Orang miskin dilarang sakit

Assalamualaikum :)

Salam jumaat kalian..malam tadi kita kalah kan sobsob :(
sebab tak sihat malam td tertidur awal, bila tengah malam terjaga terus bukak fb nak tau pasal bola dannn...takpe la bukan rezeki kita kan.

Bila time sakit macam ni rasa berat sungguh dugaan..rasa lemah satu badan bila terpaksa berdepan dengan macam-macam rasa dalam satu masa..

Tapi bila fikir balik kita kat Malaysia ni sangat mewah..bila sakit pergi hospital dan dapat ubat free jer..yelah bayar rm1 jer dah boleh borong ubat macam-macam jenis..tapi tu pun masih ramai juga yang tak bersyukur..yang tahu nak complain itu ini..

Baru-baru ni adik yang kat bandung tu demam..bila kami tanya dah pergi hospital ke belum..dia cakap baik beli ubat kat farmasi jer dari pergi hospital sebab mereka caj sangat mahal apatah lagi bukan orang tempatan..katanya lagi kat sana "orang susah dilarang sakit" huh! mendalam sungguh kata2nya..maksudnya kalau rasa takde ongkos baik jangan ke hospital..hurm patut la orang sana sangat pandai buat jamu bagaikan hehe..

Kat Malaysia lain pulak ceritanya..kalau orang takde ic sekalipun bayar rm15 dan dapat layanan takde beza dengan orang tempatan yang bayar cukai tiap tahun..adil ke?????




TERIMA KASIH SUDI BACA :)