Sahabatku

Sunday, June 2, 2013

Bicara Awal Pagi..

Assalamualaikum :)

Kat lappy dah tunjuk jam 3.03am..apa kejadahnya pagi2 buta ni dok menaip buat entry lagi?? tak reti nak tidur ke..huhu..ni la akibat siang asyik tidur jer..kan malam dah tak mengantuk..nak buat solat sunat masa ni la waktu paling baik sekali nak buat..tp ABC la pulak hehe..

Takpe la ada hikmah juga x dapat tidur..at least dapat juga si pemalas ni buat entry baru buat blog kecintaan yang sering terabai hehe..tadi lagi nak buat entry tapi tak hengat dunia pula pergi BW berkilometer..puas hati dapat baca entry kat blog uolss! sempat juga la tinggalkan komen sepatah dua kata hehe..

Mungkin ada yang tak tahu..kami kat sabah dan sarawak cuti..kat Sabah cuti 30 dan 31 may sempena cuti kaamatan atau pesta menuai atau harvest festival kot ada yang tak paham Bahasa Malaysia kan kihkih..so total hari cuti kami ada 4 hari termasuk wiken hakhak..heaven kan!! lagi heaven sebab makcik ni apply cuti hingga rabu nanti..bila tiba2 ada rasa nak berhenti kerja dan berangan nak jadi surirumah bujang sila la apply cuti bawa pergi jalan2 atau balik kampung pun jadi la..bila dah ada rasa macam tu maksudnya keadaan dah kritikal dan anda perlu lari seketika dari suasana kerja..nak elakkan stress..sebab bila kita stress kat tempat kerja, buat kerja pun tak lancar..orang keliling pun stress tengok kita..kan..kannn haha..

Lagipun saya saja jer ambik cuti memandangkan hampir semua family ada kat rumah kecuali akak yang kat Johor dan adik yang kat bandung..walaupun dah takde yang sekolah tapi adik beradik saya ramai cikge..so semua cikge ada kat umah ni..dan adik bongsu pun tengah cuti baru habis kat CFSIIUM..tengah tunggu nak masuk UIA kat Kuantan InsyaAllah :)

Tapi yang paling penting saya ambik cuti sebab nak luangkan masa dengan my parents terutamanya yang baru balik dari mengerjakan umrah dengan my adik..hampir sebulan juga dorang berkelana..buat umrah 13 hari jer kot tapi stay lagi kat KL sebab adik nak konvo kat Putrajaya..jauhkan nak konvo padahal IPG kat Sabah jer..nak kumpul satu Malaysia katanya..rindu sungguh kat my parents masa dorang kat tanah suci..dapat cakap dengan bapa 2 kali jer..dengan mak langsung tak pernah sebab setiap kali call mesti mak kat tempat lain dengan adik..puas makan kurma dan kismis hehe..ada juga makanan macam coklat dan gula2 tapi tak tahan nak makan sebab memang SANGAT manis..boleh pening kepala manis sangat..

Ada satu sebab lagi sya ambik cuti..hehe..nasib la masa apply cuti takde nak kena karang sebab musabab ambik cuti..kalau tak harus la kering ink pen haha..ni la masanya saya nak menggomol si kecik kami..yeah! our new family member..geram sgt! asyik tidur jer dah la kecik jer hehe..kalau ikutkan dia ada dlm perut mak dia lagi tu..ada 4 hari lagi baru lahir tapi dia tak sabar2 nak tengok dunia dia pun keluar awal..

Oh! ok..kalau dah membebel tak jumpa titik noktah dah makcik ni..kira ni Qada' utk berapa lama dah tak reti2 buat entry baru kan..kihkih..sekarang kena tidur sebab mak bangun pergi tandas dia dah sound baik punya haha! kbai

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D