Sahabatku

Saturday, December 8, 2012

8 December.. suara dunia untuk GAZA

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah..syukur Ya Allah..walaupun saya tidak berada di sana tapi cukup la sekadar mengikuti perkembangan dari orang-orang yang telah menyaksikannya sendiri di bumi suci palestine..dan saya pulak akan share untuk orang lain..

Photo: Sudut pandang sebahagian kecil di Padang Briged Al Qasam
Jantung dup dap dup dap
Mereka sgt gembira! Bersyukur!
Anak anak kecil terpancar kegembiraan mereka.
Tidak kira bangsa , kefahaman, perbezaan budaya,
Perbezaan bahasa
Namun semua berkumpul dengan 1 hati! 
Kebersamaan kita adalah utk memberi sokongan kepada rakyat Palestin bahawa kita takkan biarkan mereka bersendirian!

Signifikannya di sini antaranya:
Dengan Tercetusnya serangan ke atas Gaza yg konon kononya Israel fikir akan melemahkan Gaza, sebenarnya TIDAK !
Dengan izin Allah, apa yg terjadi sekarang , seluruh umat Islam bangkit menentang kekejaman ISRAEL!
Malah bukan seagama kita turut mengutuk mereka!
Kerana itulah kita boleh datang dari pelbagai negara
Dengan satu hati!

Malah pagi tadi ija bersama rakan rakan yg menyertai rombongan MSG
yg datang ke Palestin hujung bulan 9 berkongsi cerita

"Imam di Masjidil Aqsa berkata..
DATANG LAH BERAMAI RAMAI KE PALESTIN UTK MEMBERI SOKONGAN MORAL"

Kalau negara negara lain kita boleh dtg utk bercuti
Ija nak cadangkan datang la ke Gaza
Bantu tingkatkan ekonomi negara mereka!
Pagi tadi sembang dengan Al Qasam
Mereka berterima kasih kepada rakyat Malaysia yg sgt prihatin yg sentiasa beri bantuan kewangan ,moral semua.
Dan antara sumbangan kitalah mereka memantapkan sistem pertahanan dan teknologi.

Dengan anda memberi sumbangan kepada Palestin itulah antara jihad anda !
Allahu Akbar!
Mari menjadi mujahidin
Bantulah mereka!

Bergema laungan takbir..suara dunia bersatu tanpa mengira bangsa dan agama demi untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saudara kita di GAZA..seawal pagi bumi GAZA dibasahi hujan rahmat..

Photo: GAZA KAMI DATANG:
LAPORAN TERKINI
Ya Allah tak tahu mcm mana nak gambar keadaan perhimpunan 1 juta org dari pelbagai negara tadi..
SubhanAllah! Terasa sungguh api semangat yg sangat membara dengan langkah kami menuju ke Padang Briged Al Qasam dengan laungan takbir dan mengibarkan jalur gemilang dan juga bendera Palestin!
Dengan beramai ramai menyanyikan lagu 

"Inilah barisan kita yg ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban utk agama Islam
Sebelum kita berjaya jgn harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita menuju medan bakti"

Rakyat Palestin dari kiri kanan jalan melaungkan takbir dan memberikan tepukan gembira kerana semangat yg di bawa oleh rakyat Malaysia di bumi Palestin

Memang bergetar jiwa! Allahu Akbar!

Kata kata semangat di selang selikan dengan takbir doa dan lagu semangat!

Apabila di tanya soalan
Seluruh mereka yg hadir tadi menyahut !
Berselang seli sorokan itu !

BERGEMA BUMI GAZA!

SIAPA TUHAN KAMU?
SERENTAK MENJAWAB ALLAH!
SIAPA GURU KAMU?
RASULULLAH!
APA BUKU KAMU?
AL QURAN!
APA PARTI KAMU?
HAMAS!
BILA BESAR NAK JADI APA?
AL QASAM!
APA CITA CITA HIDUP KAMU?
NAK MATI FISABILILLAH!

SUARA INI SERENTAK DI JAWAB RAKYAT PALESTIN!
ALLAHU AKBAR! 

Sejak pagi bumi gaza dihujani hujan rahmat dan apabila menjelang petang cahaya matahari menyinari cukup indah di bumi gaza!

Allahu Akbar! In sha Allah 
PALESTIN WILL BE FREE! AAMIIIN
Lebih sejuta umat manusia berhimpun untuk meraikan dan memberikan sokongan terus kepada kemenangan Hamas dan ulang tahun ke 25 Al Qasam..

Photo: GAZA KAMI DATANG:

Ya! Benar! Terlalu ramai mereka yg berada di Padang Briged Al Qasam!
Ija difahamkan lebih kurang sejuta orang.
Dalam masa yg sama mereka meraikan kegembiraan kemenangan Hamas dan ulang tahun ke 25
Apabila masuk waktu, laungan azan berkumandang
Dalam keadaan sesak yg nak keluar dari barisan agak sukar
Lihat apa yg dirakamkan dari gambar ini
Mereka bersolat . Ya solat!
Kegembiraan tidak membiarkan mereka alpa dengan kewajipan kita sebagai umat Islam.
Takbir!
Allahu Akbar..

Susah senang kaya miskin gembira sedih dizalimi di sayangi
Tidak pernah mereka lupa pada perkara yg wajib!

Allah..

Di sana bendera Malaysia turut berkibar bersama dengan bendera AmanPalestine..syukur Ya Rabb..walaupun tanpa bantuan siapa-siapa kerana semua sukarelawan yang pergi adalah atas tanggungan sendiri namun mereka gigih demi berjihad di jalan Allah..berkati dan rahmati la mereka Ya Allah..
  
Photo: Sambutan 8 disember 2012 ini sejarah dunia
Semua bersatu 
Melaungkan kalimah Allahu Akbar!




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

Sungguh Terharu....Semoga Gaza Aman Kembali...

BoNDa.... said...

semoga gaza kembali aman.....

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D