Sahabatku

Thursday, November 1, 2012

Buasir, ada petua tak?

Assalamualaikum :)

Petang tadi dapat sms dari kakak suruh call adik sebab katanya adik sakit tapi takde kredit nak call..punya la saya terkunjat baca sms tu, dah la selepas hampir 2 jam baru saya sempat baca sms..dah terfikit yang bukan-bukan..

Terus jer call adik..bertambah risau bila dia tak angkat phone..alahai! saya ni memang fobia sikit bab benda-benda macamni selepas pengalaman dapat call masa arwah abang meninggal, masa kakak kena emergency operation nak bersalin dan masa kakak kol bgtau arwah baby Amir dah takde..memang akan berdebar sangat bila family call atau sms hingga la sekarang..

Bila dah dapat kol dengan nada suara risau sangat-sangat ni..adik boleh pulak gelak haha..sottt! katanya dia kena buasir..terus aya pun gelak sama..tapi katanya dah dua hari dia tak boleh buang air besar dan dah bengkak sangat dah kat "sana"..

Adik kata dah pergi klinik dan dia bg ubat tahan sakit dan ubat buasir 4 biji, dia pergi klinik swasta..setahu saya kalau tengah bengkak sangat macamtu takkan bagi 4 biji jer ubat buasir Daflon tu..uishh! ni la yang orang ramai asyik dok puji2 klinik swasta yang dah makin hilang etika mereka..hanya tahu kaut untung..*sigh*

Maybe esok pagi atau waktu lunch saya akan pergi bawa adik ke klinik sebab dia dah tak boleh nak berjalan, sakit sangat katanya hehe..semalam dalam exam hall dia rasa nak mengelupur jer..dah la budak tu tengah final exam sekarang..kesian..

Kalau korang tahu ada petua nak cuba kurangkan bengkak dan sakit tu share la kat sini..mungkin boleh jadi panduan untuk orang lain juga :
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

8 comments:

IntaNBerliaN said...

akak xda pe2 petua la plak.. siannya sampai xleh jalan...

misshannajr said...

@IntaNBerliaN iyer kak..sian juga dengar dah la tengah exam mmg susah dia nak fokus katanya..huhu

BERT said...

adouii skitnye kene buasir ni.. mnta nasihat pakar.. g klinik buasir.. sy pun tade petua tp cube gugel mane tau leh jmpa petua

Tihara said...

as salam

dulu mak sedara akak dia tuam dgn buah mengkudu yg dibakar..tapi kena tunggu suam2 lah baru demah kat montot..semuga cepat sembuh k..kena pantang jgn makan pedas2 sgt..

Eca Dwinky Asha said...

eca xthu la berkesan ke tak..tpi dulu arwah bestfriend ada buasir gk...xla teruk sngt,tpi bolehla tahan sakitnya...dia amalkan minum cleanex teh tu....so far,dia xngadu sgt sakit....

eca BW sambil ajak join GA & Contest...
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/year-end-giveaway-2.html

http://www.ecadwinkyasha.com/2012/10/eca-year-end-contest.html

Akhelaken said...

petua tu xda,tp org kata sms kena buasir ni elakkan mkn mknn yg pedas2 dan minuman bergas.lg elok mkn mknn sprt bubur je sbb bhn kumbahan tu senang nak buang..hehe

QasehnyaRania said...

tak ada la dik..

mudah2an cepat sembuh yer

amir azlan said...

petua lengkap dan amalan sakit buasir layari
http://herbaramuantaufiq.blogspot.com/

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D