Sahabatku

Saturday, November 10, 2012

Angkara jin atau manusia atau manusia dan jin

Assalamualaikum :)

Hello!! happy sabtuday yer uolss!!
Sekian lama tak hapdet blog tanpa rasa bersalah sikit pun..sekarang muncul dengan jin pulak erk! dengan cerita jin la hehe..

Ingat tak entry saya sebelum ni pasal petua buasir??
Jumaat lepas saya off petang semata-mata nak bawa adik pergi hospital untuk jumpa Dr sebab buasir yang dia dah tak tahan sakit tu..bila dah jumpa Dr..eh MA sahaja pun yg dia jumpa..dapat la ubat..dia bagi ubat lactulose untuk lembutkan najis dan juga ravin enema yang masukkan ke dubur untuk mudahkan buang air besar..tak sesuai langsung ok!! adik saya bukan sembelit pun..last-last saya minta tambahkan supp anusol juga masuk kat dubur untuk kurangkan bengkak buasir.

Bila saya dah nak sampai rumah. adik kol dia cakap keluar darah bila cucuk masuk supp tu..adusss!! dah la jauh sungguh nak ke rumah sewa beliau..baru jer lepas redah jammed hampir 2 jam takkan nak patah balik lagi..

Mujur adik cakap ada juga kawan dia yang ada kereta dah balik rumah..tau jelahkan student..adik saya lesen pun belum ada..so minta ehsan kawan2 jelah mana yang ada kereta..saya suruh dia minta tolong kawan bawa pergi hospital semula..

Saya ni memang jenis panik..tiap 5 minit saya sms tanya apa dah jadi..kot budak tu tengah jumpa Dr jer pun lambat reply saya dah gelabah haha..

Bila dia cerita masa buat pemeriksaan tu (petang ms saya bawa jumpa Dr dia tanak check..malu katanya walaupun MA tu pompuan jer) nurse cakap tu bukan buasir..tapi ada benda kat dalam..dup dap..dup dap saya tunggu sms dia lagi nak tahu apa benda..
dah pikir yg bukan2..ada ketumbuhan ke apa pulak adik saya ni kan..

Dah settle semua baru la dia sms bgtau ada tulang keluar..sebab tu rektum dia bengkak dan jd seperti bisul dan amat menyakitkan..Ya Allah..tulang apa pula boleh keluar kat dubur???
Dia kata ada tulang panjang dan tajam sebesar jari kelingking..
takkan la dia tertelan tulang pulak..kalau iya pun dah sah-sah la dia chocking masa tu..lg pun sebsr jari kelingking tu bukan kecil..

Macam-macam rasa yang saya rasa masa tu...apakah ini??? angkara sapa semua ni..manusia atau jin..atau kerjasama antara manusia dan jin????? ini bukan kali pertama..sebelum ni mak..ada mata kail keluar dr dubur dia.. T___T

Bila fikir-fikir..adakah ini sihir yang dah keluar dari badan...sapa la yang punya angkara..apa lah yang manusia dengkikan sangat dengan kami...huhu..kami takde apa-apa pun..bukan kami kaya sangat..kami tak buat jahat dengan orang..

Ya Allah jika benar ada orang berbuat jahat dengan kami...berikan la mereka petunjuk dan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan Ya Allah...ampunkan lah dosa-dosa mereka Ya Allah..



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

7 comments:

Tihara said...

as salam

Ya Allah sedihnya baca entry ni...siapalah yang sanggup buat kerja syirik tu kan...betul, doakan mereka dapat taufik dan hidayah moga insaf dan bertaubat..akak doakan adik awak cepatlah sembuh..simpati..

misshannajr said...

@Tihara tak tahu nak kata apa kak..dari dulu lg orang tak habis2 nak dengkikan kami..kami tak pernah kacau dorang pun..tak boleh nak tgk org lebih sikit..takpe la mgkn ini dugaan Allah buat kami sekeluarga..adik dah ok lps tulang tu keluar..syukur la dia dapat seat exam dgn ok lps tu utk paper math major subject dia

misshannajr said...

@Tihara tak tahu nak kata apa kak..dari dulu lg orang tak habis2 nak dengkikan kami..kami tak pernah kacau dorang pun..tak boleh nak tgk org lebih sikit..takpe la mgkn ini dugaan Allah buat kami sekeluarga..adik dah ok lps tulang tu keluar..syukur la dia dapat seat exam dgn ok lps tu utk paper math major subject dia

misshannajr said...

@Tiharatak tahu nak kata apa kak..dari dulu lg orang tak habis2 nak dengkikan kami..kami tak pernah kacau dorang pun..tak boleh nak tgk org lebih sikit..takpe la mgkn ini dugaan Allah buat kami sekeluarga..adik dah ok lps tulang tu keluar..syukur la dia dapat seat exam dgn ok lps tu utk paper math major subject dia

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Siannye..Angkara siapalah sampai hati buat macam tu....moga mereka diberi petunjuk dan hidayah olehNya.. Moga adik misshannajr cepat sembuh..

IntaNBerliaN said...

Ya Allah Ya TUhanku... akak yg baca ni pun meremang bulu roma.. adik yg yg sakit, akak pun terasa sakit...

QasehnyaRania said...

ya allah...

pergi berubat cara perubatan islam ..

mata kail..ngeri..

cik su pon kene gatai2 ni tak tau sbb apa.
mkn ubt lega.tak mkn naik.tak kan nk bergantung dgn obat je memanjang.
bila gatai,garu2,pastu tempat tu panas je..
miang nya macm kene miang buluh..aduhhh.

mudah2an dijauhkan dari segala yg tidak baik.amin

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D