Sahabatku

Monday, November 12, 2012

Donat kentang, hilang terus demam

Assalamualaikum :)

aiyaiyai!! Happy deepavali pada yang menyambutnya esok :)

Dah lama tak buat entry masak-masak kan hehe..masak la sangat kan..pemalas tegar, tengok dapur pun tak mampu :P
Lately asyik terliur makan donat jer, pagi bekfes mseti beli donat kat gerai tepi jalan tu, sedap..terjangkit satu opis semua suka makan donat..ang..ang..ang..doraemonnnnggg!! haha..


Ini adalah kejadian oleh my sweetie pie kakak..donut ball

kerupaan yang tak secantik orang lain..tak membulat sgt T__T

Teringin la nak menDONAT sendiri walau masih dibayangi kisah silam menDonat sebelum ni tak berapa nak jd..kurang gebu T__T

Kebetulan nampak Kak Nor Secubit Garam ada buat donat keledek orengg beliau lg la berkobar2 semangat nak menDONAT haha..godek punya godek puas cari resepi..bukan puas mencari sebab takde tapi banyak sangat resepinya hingga tak tahu nk pilih apa..dusshh! last-last saya pilih resepi dari Kak Yatie Blog Yatiememories , bukan la nak kata resepi lain tu tak ok tapi yang ni saya berkenan sebab nak habiskan susu tepung baki buat biskut raya lepas..semangat dah mak jemah pergi beli kentang sekilo haha..


tunggu turn nak masuk kuali :P

Sebookk nak buat ball..tp ok gak cepat sket habis doh haha

Ball yang tak berapa nak bulat

Mula-mula ingat nak ikut sukatan kak Yati jer..tapi bila pikir2 esok nak balik kampung dan semua orang balik baik buat lebih dan boleh buat frozen..tu yang bestnya donat ni..kalau nak banyak boleh goreng setengah masak pastu simpan dalam fridge nak makan baru goreng balik..tahu tak mak jemah tu berani-berani pergi buat hingga 2 adunan..hilang terus rasa nak demam bila uli sekilo tepung guna tangan jer..bukan guna BM ok..saya takde tu haha..


Memang gebu dan lembut..


hasil kejadian yang banyakkk sgt haha
Kalau bg bab merapu meraban kat saya memang takde penghujung la kan..baru buat donat dah kecohhh!! ada mak jemah kessaaahhh! haha..jom semak resepi :)

Bahan-Bahan :
  1. 500g tepung gandum
  2. 200g kentang yang telah direbus dan dilecek (sejukkan)
  3. 4 sudu besar susu tepung
  4. 1 biji telur (pukul sedikit)
  5. 200ml air suam (kalau uli guna tangan tuang sikit-sikit)
  6. 3 sudu besar marjerin atau butter
  7. 3 sudu besar gula
  8. 2 sudu kecil yis

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut. Uli selama 8 hingga 10 minit.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Perap lebih kurang 40minit hingga sejam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbuh doh untuk keluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan ditengah-tengahnya. Susun donat di atas dulang dan biarkan naik hingga 2 kali ganda.
  4. Goreng dengan minyak panas sehingga keperangan dan salut donat mengikut kesukaan masing-masing samada menggunakan coklat masakan atau gula. Selamat mencuba.

Tips membuat donat# nanti la share hehe :P


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

3 comments:

Engku Muzahadin said...

Donut kentang mmg sodap. Kalau mkn reti la, bab buat sori..Hehe

Pwincess sarah said...

nyum..nyum.. hehe.. lama dah tak mkn donut.. nampak sedap je tu.. :D

IntaNBerliaN said...

akak pnh wat donut sekali je... tu pun xmenjadi sgt.. hahhaha... tp lps ni kne try lagi :-)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D