Sahabatku

Friday, October 26, 2012

Puding Roti Bakar Aidiladha

Assalamualaikum :)






Malam ni sunyi sangat kawasan rumah..hanya ada beberapa buah rumah yang ada penghuni..carpark pun lengang giloss!

Balik kerja tadi sempat menyinggah kat supermarket..nak beli bahan-bahan untuk puding roti nak bawa balik kampung esok yeayyy!!

Nasib baik supermarket tak tutup lagi..kelam kabut hinggakan tak sempat nak ambik basket..rasa kelakar juga dah macam apa angkut barang banyak2 kat tangan..

Ok sekarang puding roti saya dah siap..nak sejukkan masuk dalam fridge jer..boleh la buat sarapan esok sebelum pegi solat sunat..

Mudah sangat buat puding roti ni..20 minit siap kot pastu bakar 30 minit tadaaa...boleh makan panas-panas atau kalau suka boleh sejukkan..yang buat puding ni lebih sedap mungkin sebab ada cinnamon powder..semerbak masa masak tadi :)

Ok jom kita cikedaut resepi yang saya cedok dari Blog kak Hana Japan ..dia buat mesti la lagi cantik hehe..

Bahan-bahan

  1. 7-8 keping roti
  2. 2 biji telur*
  3. 500ml susu segar @ 2 cup*
  4. 4 sudu besar gula halus*
  5. 1 sudu teh esen vanilla*
  6. 1 sudu teh serbuk kayu manis*
  7. 2 sudu besar butter -cairkan
  8. 3 sudu besar kismis
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan bertanda * dalam satu bekas.
  2. Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam bekas (1) biarkan roti terendam.
  3. Masukkan butter dan setengah kismis.
  4. Masukkan campuran ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  5. Tabur kismis di atas permukaan roti
  6. Bakar dengan suhu 180' selama 30 minit.

SOS KASTARD
Bahan-bahan
  1. 1 tin susu cair
  2. 1/4 tin air - guna tin susu cair untuk menyukat
  3. 2 sudu tepung kastad
  4. 2 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Dengan api yang kecil kacau sehingga sos pekat.



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

15 comments:

Si Matatajam said...

Nampak best plak sos kastard tu..dulu M buat tak bersos pun..

[PCL] said...

ada lg ke?..meh sikit nk rasa..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

adoi xmenahan tgk puding roti tu..mai sikit haha..nasib ada resepi bleh try ni

LiLy @ MaMaQiStInA said...

tergoda sungguh tgk puding roti ni..sedapnye...hari tu akak pernah buat tapi tak menjadi macam ni...

Tihara said...

as salam

haah la nampak sedap sangat..sos susu tu tabur masa nak makan ke, memang tk penah try buat ni..huhi

hana said...

salam hanna... hanna punya juga nmpk menarik! buat akak teringin nak buat lg! tima kasih ye sudi mencuba.... salam kenal :)

misshannajr said...

@Si Matatajam saya ni bukan minat sgt makan bread pudding sblm ni, lg2 kalau mkn camtu jer..lps try dis recipe wah suka..letak sos byk2 yummmeh! :)

misshannajr said...

@[PCL] alolo..PCL lambat sgt mai sini, sy dah hidang lama dah..skrg dah habis la pulak hehe

misshannajr said...

@Wanieys a.k.a IbuQalief sila..sila..mari kita cuba ramai2 kompom puas hati hehe..

misshannajr said...

@LiLy @ MaMaQiStInA ya dulu pun sya pernah try buat tp lain macam jak rupanya haha..yg ni mmg senang sgt buat..and it's turn mebeles :)

misshannajr said...

@Tihara salam kak Tihara..ya..sos tu sedap hihi..bukan puji diri sndri sbb ni resepi org sya cedok jer hehe..sos tu letak masa nak makan sbb ada yg suka makan macamtu jer tanpa sos..try la kak..tak nyesal punya hehe

misshannajr said...
This comment has been removed by the author.
misshannajr said...

@hana
WAhhhhh!!! gembiranya Kak Hana sudi mencemar duli singgah blog saya hehe..thx kak sudi share resepi2 yg best kat blog akak..selalu jd inspirasi sya tau..sya tak pandai sgt masak..nk kata amatur pun jauh lg..td buat lg puding roti ni bg kawan2 opis makan..licinnn!! siap ada yg order pulak hehe..tambah sedap kalau sos tu bekukan sedikit..macam eskrem!! tQ so mucchhh kak Hana :)

IntaNBerliaN said...

tu diaaaa mggoda betoi.. dh la tgh berpantang.. adehhh

misshannajr said...

@IntaNBerliaN kak ina sabar ek tgu habis pantang hehe..ada telur ni..

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D