Sahabatku

Thursday, October 25, 2012

Day 1 :: Short Trip To Brunei

Assalamualaikum :)

AMARAN : ENTRY PANJANG BERJELA :P


Sampai jer kat Brunei kami terus cari hotel yang kami dah survey sebelum pergi..yang agak affordable la kiranya, walaupun kalau convert dalam RM tetap gak la mahal hehe..tapi kalau ke negara orang tak boleh la asyik nak convert jer..kalau tak memang tak berjalan la..


Akhirnya setelah puas mencari dan berputar kat roundabout kami ambik keputusan berhenti dan tanya orang..failed bab baca map haha..tp map tu memang sgt tak membantu..tambah pening adalah.
Orang kat sini macam sedikit tak konpiden nak cakap melayu dengan orang asing walaupun nampak sangat kami ni muka melayu haha..eh 2 orang jer, yang lagi 2 tu chinese dan india..dorang prefer speaking walaupun agak broken macam saya haha..tapi kat sepanjang jalan banyak tau papan tanda tulis "utamakan bahasa melayu"..

Hotel Palm Garden ni agak tersorok sikit..tapi berbaloi la..satu bilik 2 single bed yang agak besar 88dolar..kalau kami berempat stay 1 bilik pun ok sebenarnya tapi bila fikir mudah kami nak solat dan malas nak pakai tudung dalam bilik kami asing bilik hehe


Rehat kejap kemudian kami sambung lagi jalan-jalan..benda pertama kami cari adalah sushi yang kononnya sedap tu..tp bila dah jumpa atas pertolongan seseorang yang baik hati siap hantar kami ke depan kedai lagi..kedai dah tutup pula huhu..




Last-last kami pun masuk la kedai ni..perut dah lapar sangat dah..susah juga sebenarnya nak tahu restoran tu halal ke tak..sebab takde tanda halal macam kat Malaysia..tapi yakin jer la sebab ada nampak orang melayu gak makan dalam restoran tu plus sebelum tu ada nampak satu restoran yang ada state "Makanan untuk bukan islam"..





Dah kenyang senang hati kami terus melawat masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah yang tersergam indah..dekat jer dengan hotel..dari awal lg kami dah nampak masjid ni dan teruja sangat nak pergi..hehe..dan memang cantik sangat masjid ni luar dan dalam..Alhamdulillah sebelum balik kami sempat buat solat jamak kat masjid ni..cuma yang tak bestnya orang yg jaga masjid ni strict sgt..kami pula yang terasa malu bila kawan kami yang non muslim terus cakap "kenapa garang sangat orang kat masjid ni, kan patut senyum" huhu..





Masjid Omar Ali Saifuddin
Ada satu tempat kami nak pergi tp dah puas kami pusing2 still tak jumpa tempat tu..last-last kami give up sebab minyak pun dah makin kurang dah..dah la masa ni hujan jer Brunei..kami pun decide pergi masjid Omar Ali Saifuddin yang tak kurang hebatnya..memang cantik view kat masjid ni time malam..lepas ambik-ambik gambar kami pun ke Gadong nak cari souvenir..nasib la senang jer jumpa kedai Happy star yang kami goggle katanya paling murah berbanding yg lain..ada la beli sikit souvenir utk kawan-kawan..takut nak beli banyak sebab duit ada 200dolar jer haha..



Kedai happy star tu dekat dengan Mall ni..depan pizza hut or pondok pizza yer haha..

Dah habis membeli belah kat happy star kami ke tamu gadong pulak..nak tengok2 makanan..perut pun masa tu boleh tahan lapar dah miahaha..

Agak pelik juga sebab pasar buka smpai tengah malam..kalau kat Malaysia paling lewat pun mungkin jam 7 dah tutup pasar basah..tp yang bestnya bila tengok suami isteri sama-sama pergi beli barang..yelah kot siang kerja malam boleh la pergi membeli barang-barang dapur yang segar-segar,

Ada doyen!! sekilo 6dolar..kalau convertttt trs tak jd beli haha

pisang salai..mula2 ingat telur ikan..tergelak makcik tu hihi

kuih muih..macam makanan waktu pagi

ikan bakar

Nasi katok boleh pilih sambal..pusu tu sambal ikan bilis,,sambal pedas atau biasa..sedapp!!

ayam bakar..yummmehhh!

besar-besar hotdog ni..tengok jer tak larat dah nak beli

Bila tengok makanan yang dijual Ya Allah semua makanan heavy ni..macam makan untuk breakfast kalau kat sini..habis la kolesterol naik kalau macamni..kami beli nasi katok..ayam bakar..pisang salai..jering rebus..mula-mula nak makan kat waterfront..tp bila tengok takde pun orang lepak kat sana kami pun balik la hotel..makan kat bilik jer..yerr!! makan sambil tutup mata dah..mengantuk sangat..penattttt sangattt!!..ZzZzzzzzzz...





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D