Sahabatku

Saturday, September 15, 2012

Hebatnya Insan Bernama Muhammad Abdullah

Assalamualaikum :)


Saya memang tak tahu menahu pun pasal filem yang dikatakan menghina Nabi kita Muhammad SAW..kalau tau pun saya tak ingin nak tengok.

Tapi saya cuba juga cari info pasal ni..apa sebabnya..kenapa semua ni berlaku dan kesan selepas filem ni ditayangkan..

Pada saya orang yang merusuh tunjuk protes terhadap filem ni hingga berlakunya pertumpahan darah ada sebab tertentu kenapa mereka berbuat demikian..walaupun agama kita tak membenarkan perbuatan seperti ini..mungkin mereka adalah mangsa kekejaman oleh sesuatu kaum, dan bila perkara seperti ini terjadi mereka tidak mampu membendung amarah mereka.

Pada mulanya saya pun rasa geram juga bila tahu Nabi Muhammad SAW dihina sebegini rupa.. tapi bila difikirkan semula, nampak betapa hebatnya kekasih Allah bernama Muhammad ini, walaupun sudah berdekad Baginda pergi menghadap Allah SWT tapi masih ada manusia dibumi ini yang tak pernah jumpa dengan Baginda, tak pernah kenal pun merasa terancam dengan Baginda.

Seperti kita muslimin dan muslimat, tak pernah bertemu dengan Baginda..tapi dalam hati Baginda terletak elok dalam hati kita..kita menyayangi Baginda..kita ikut ajaran Baginda..kita buat sunnah-sunnah Baginda..kita tahu betapa hebatnya Rasulullah SAW.

Semoga di akhirat nanti kita akan mendapat syafaat dari Baginda.



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

Tie HT said...

Alhamdulillah bagus entry ni....walaupun kita tak pernah bertemu rasulullah s.a.w tapi kita rindu, cinta,kagum dengan baginda mungkin sebab selawat2 kita ke atasnya...
sebelum ni akak terdetik dalam hati kenapa di saat akak cuba dalami kisah rasulullah s.a.w banyak menitiskan air mata, banyak kisah sedih..dalam tafsir Quran, dalam buku tasawur karangan hamka dan majalah2 ilmiah..baru tersedar, besarnya pengorbanan rasulullah pada kita...

Unknown said...

walaupun xtaktau apa benda ni, xp sha marah bila ad org mengina islam ;(

misshannajr said...

@Tihara tQ kak :) tu la kdg2 pandai menitis airmata baca kisah Rasulullah..terlalu besar pengorbanan Baginda untu umatnya yang dia sayangi..paling terharu bila dia simpan doanya semata2 untuk umatnya di akhirat nanti..

misshannajr said...

@Nor Sharul Atikah Nor Azlan wajib la kita marah kan :)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D