Sahabatku

Friday, September 14, 2012

Cukup Gentlemen ka lelaki Malaysia???

Assalamualaikum :)

Seronok beronok-ronok rasanya esok sabtu..pastu isnin sambung cuti pulak..hehe..kalau cuti jer senyum sampai nak jatuh rahang mak jemah.. :P

Nak share satu pengalaman yang susah nak lupakan berlaku tengahri tadi masa lunch hour..

Bukan nak merendah-rendahkan kaum lelaki kesayangan kita kat negara tercinta ni..tapi korang nilai la sendiri yer..

Lepas habis lunch kami berempat pun nak balik klinik..masa tu jam 1.30pm..bila kereta dah start jalan tetiba kami terkejut dengar bunyi  kereta semacam jer..kuat pulak tu..saya pun suruh member stop kejap kat tepi..bila check tayar, kompom!! tayar pancit..patut la bunyi semacam, nasib baik rim tak bengkok.

Saya pun terus cakap kita tukar guna spare tyre..tapi masing-masing ternganga sebab tak reti haha..sempat saya usik Dr eli yang bersama kami..takkan la reti bedah orang jer..sekali sekala cuba la bedah kereta pulak haha..tu memang kelemahan kami..tapi saya dengan kompidennyerrrr cakap takpe saya pernah ada experience dulu..dulu tu 4 tahun lepas kot haha.. 

Kami pun keluarkan la semua benda yang ada kat boot kereta..oh! member saya yang empunya kereta tak tahu pun ada alat-alat untuk tukar tayar dalam kereta beliau..T__T...tskk..lagi dasat minah ni haha..

Bila dah start nak "jack" kereta Oh!! baru teringat part ni saya tak sempat nak tengok masa kawan ganti tayar dulu sebab sebok nak payungkan depa kihkih..masing2 bingung macamana nak buka benda tu..member sempat pergi tanya seorang lelaki yang jaga parking kat situ macamna nak buka..lelaki tu just cakap pusing jer..kami pun dengan lurus pembaris pusing la benda alah tu dengan tangan..tak tahu pun ada satu besi lagi nak masukkan untuk mudah nak pusingkan haha..

Peluh dah menitik dah sebab tengah panas terik..bila tengok sekeliling yeahhhh!!! berjaya kumpul ramai penonton..kalau jual tiket kompom untung..

Tiba-tiba saya perasan rupanya ada sorang mat saleh tu tengah perhatikan kami dari dekat..saya pun senyum jelah..muka dia serius jer sambil cakap sesuatu..dia terus cakap biar dia yang tolong kami sambil dia membebel..tak berapa dengar..oh! kami terkedu ok!!! dia cakap apa??? "what happen to all boys in this country"?????????

kami hanya mampu senyum..malu sangat..walaupun kami bukan "boys" yang dia maksudkan.. :P

Dalam masa sepuluh minit dia siap tukarkan tayar..tQ Mr tak sempat tanya nama..tQ juga sebab sempat titipkan bebelan pada kami..semua dia bagi free :P

Ramai lelaki yang kata atau dalam erti kata lain mengaku dia gentlemen..bila dah berlaku kejadian serupa tadi walaupun berpuluh-puluh orang lelaki lalu kat tempat tu tadi dan lebih rela jadi penonton dari menghulurkan sebarang bantuan memang korang sangat "GENTLEMEN" ...

Mungkin kalau bab memikat wanita korang wahai kaum adam boleh tahan gentlemen..tapi kami sangat kecewa...kawan saya cakap mungkin kami tak cukup cantik untuk tarik perhatian orang nak tolong..tskkkkk... 

Terfikir juga adakah disebabkan keselamatan  yang semakin menipis di negara ni korang sanggup tengok jer orang dalam kesusahan..mungkin juga kot! hurm...



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

alahaiii siannya anna..
p kan, akak pnh dgr mmg lelaki mat saleh ni gentleman n sk tlg

misshannajr said...

@IntaNBerliaN tu la kak..kecewa dgn org sendiri huhu..

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D