Sahabatku

Saturday, September 15, 2012

Dalam dilema memang sukar buat keputusan

Assalamualaikum :)

Tengok la gelagat si kakak tuuuu..

pakcik "lemak" kesayangan

with mom and dad

with familia
28hb ogos yang lepas adik lelaki kesayangan saya berangkat ke Bandung Indonesia untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang dakwah Islam.

Sedih juga la mak bila adik nak pergi belajar luar negara..biasa la satu-satunya anak lelaki yang dia masih ada..

Pengajian adik kat Indon ni lebih singkat dari ijazah kat Malaysia, sebab dorang dapat transfer credit dari diploma..cuma setahun setengah sahaja.

Masa buat permohonan nak sambung belajar kat IPTA adik gagal dapat tempat sebab masa tu result belum keluar lagi..dorang lambat sedikit dari institusi lain..tu yang dia nekad apply pergi Indon dengan kawan-kawan dia yang lain..

Tapi hari ini lain pulak ceritanya..kesian juga dengan adik..dia dah pening lalat dah nak memikirkan hal ni.

Tadi dia ada share kat FB keputusan rayuan masuk IPTA..dan akhirnya dia berjaya ditempatkan kat UKM untuk ijazah sarjana dengan kepujian bidang Usulluddin.

Hari tu takut juga dia nak lepaskan peluang sambung belajar kat Bandung tu kalau nak tunggu keputusan rayuan..mana tahu rayuan pun gagal, dua2 pulak nanti melepas.

Sekarang ni adik tengah bingung nak buat keputusan samada nak teruskan pengajian kat Bandung atau balik Malaysia sambung study kat UKM..

Saya kata kat dia, buat la isthikorah..minta petunjuk dari Allah SWT agar dapat buat keputusan yang betul dan tak menyesal kelak..kalau dah memang rezeki dia kat sana takpe la boleh teruskan..kalau dia betul2 nak study kat Malaysia kami boleh bantu dari segi kewangan..

Doa saya semoga dia boleh buat keputusan yang tepat..dateline untuk UKM hingga hujung bulan ni...semoga Allah berikan dia petunjuk...amiinn



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

3 comments:

Tihara said...

rasanya eloklah dia balik study kat malaysia..tp tu pendapat 10 cen akak..semua atas pilihan dia..apa2 pun niat yang baik pasti Allah tolong kan :)

misshannajr said...

@Tihara dia dah minta petunjuk dr Allah dan hati dia kuat mengatakan dia sambung study jer kat Bandung..kami hanya mendoakan yg terbaik buat dirinya :)

IntaNBerliaN said...

A'aa mintak petunjuk DIA adlh yg terbaik... apa2 pun moga adik anna berjaya..

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D