Sahabatku

Sunday, September 30, 2012

Entry kurang sihat

Assalamualaikum :)

Macam biasa la, sekali muncul dua tiga kali hilang..tak tahu la macamana nak konsisten jaga blog kecintaan ni.

Last sekali post entry seminggu yang lepas kot..tak sempat tengok date tadi haha..

Minggu ni memang tak daya sangat nak menaip ke hapa plus line internet yang semakin teruk dari hari ke hari..tensionnn!! tengah tunggu loading saya pergi landing kejap..sedar-sedar dah hari lain haha haru kan!

Kesihatan pulak semakin tak ketahuan hala..saya redha! mana dengan kejap-kejap demam..tak pasal-pasal badan panas, selsema tak batuk tak cuma pening rasa mual dan panas badan..pelikkan! minta pendapat dengan sorang Dr ka FB, dia kata tak normal dan perlu buat blood test..saya dah pasrah nak kena cucuk esoknya pastu sehari tu elok jer tak demam dah..haluuuu...macam tahu2 jer orang tu takut jarum miahaha..

Sakit perut pun datang..sakit pinggang sekali..kadang-kadang rasa nak baring time tu juga bila sakit dah menyerang..memang rasa nak patah pinggang duduk seharian menghadap preskripsi..terasa sangat kat sebelah kanan yang sakit..kat tempat yang ada cyst tu..kawan-kawan semua paksa pergi jumpa Dr..mak pun dah bising..Oh ya lupa bgtau saya dah luahkan masalah ni pd mak dengan bapa masa kami cuma bertiga dalam kereta.

Dah buat appointment dengan Dr, tengok la nanti keputusan macamana..saya hanya minta pada Allah agar diberikan kekuatan dan keberanian untuk buat surgery nanti..rasa sekarang macam dah berani sikit sebab tak tahan sakit..korang doakan saya yer! T___T
tanak la nangis nnt...huhu..

Mood jangan cakap la, kadang-kadang memang tak boleh nak control langsung..asyik swing memanjang..kalah org pregnant..semalam niat nak buat entry balas dendam banyak-banyak tapi sakit pinggang sangat-sangat,,terus baring dan oh rupanya penyakit pompuan..seharian ni saya terpaksa tahan sakit..petang tadi tak tahan sangat baru la telan sebiji ponstan..ingatkan boleh tahan huhu..

Kesian pada orang yang singgah blog ni..takde tempat nak komen sebab ada pun entry usang jer hehe..perasan la tu ada org nak komen entry dia miahaha..

Harap malam ni ok sikit dan boleh la buat aktiviti macam biasa.


p/s rindu sangat nak balik kg tapi tak larat nak drive :(


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

moga semuanya ok... take care

misshannajr said...

@IntaNBerliaN InsyaAllah kak semuanya ok TQ :)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D