Tadi sibuk baca novel hinggakan tak sedar bila tengok jam baru perasan tarikh dah bertukar ke 30 hehe..asyik sungguh! bukan apa stress dok depan lappy tunggu nak publish post tadi berejam..betul-betul mencabar kesabaran la broadband satu ni ..
Normal kot kalau kita tiba-tiba teringat atau alahhh malu la pulak haha..gedikss ko hanna..rindu kat seseorang yang pernah jadi insan speacial sikit dalam hidup ni..saya kalau bab bercinta memang tak lulus sangat..pernah sekali jer kot serius..serius tahap mana tak tahu la yang pasti memang serius tak jadi hahaha..
Tapi yang sorang ni bagi saya spesel juga la walaupun kami tak pernah bercinta..kami cuma berkawan jer dan memang agak sedikit rapat..no feeling-feeling la orang kata, lagi pun masa tu dia dah ada seseorang yang istimewa dalam hati dia..cuma dorang terpisah dek kerana tugas..
Walaupun kami masa tu berkawan 3 orang..saya dan mereka 2 lelaki tapi entah kenapa saya lebih rapat dengan dia..dan ramai juga yang tak percaya kami hanya berkawan..dia seorang kawan yang sangat baik..tu yang susah nak lupakan dia tu huhu
Eh! sapa-sapa baca entry kalau nak rasa menyampah pun silakan..hehe pestaim kot buat entry ala novel alaf 21..maaf la yer! sekadar ingin berkongsi cerita yang saya tak dapat nak share dengan orang d sekeliling saya..
Jom sambung hahaha...
Dia sebenarnya nampak sedikit kekartunan haha..saya selalu kutuk dia..tapi dia senyum jer sambil kutuk saya balik..cuma banyak benda sya respek dia..dia tak pernah pandang rendah pada saya walaupun saya cuma staff dia..banyak benda baik yang saya belajar dari dia.
Pernah seketika dia lain macam..saya perasan tapi buat-buat tak perasan sebab malas nak layan..oh! haha macam bagus kan ayat tu..yer saya perasan layanan dia pada saya semakin berlebihan..tapi takde la lebih-lebih pula..cuma dia nampak caring dan dah tak banyak kutuk-kutuk lagi..pelik juga pesal la mamat ni kan..tapi kami tetap buat biasa jer.
Hingga la saya dapat tahu akan dipindahkan ke tempat kerja baru, dia agak berubah..memang sedih juga masa tu nak berpisah dengan dorang...petang terakhir saya kat sana dia ada cakap sesuatu yang membuatkan jantung saya rasa berdegup 2 kali dalam masa yang sama hahaha...apa yang dia cakapkan tu biarlah rahsia..ewahh!
Tak lama lepas saya pindah, dia bgatau dia dapat balik ke negeri asal dia..katanya nak bertemu buat kali terakhir sebelum dia fly..yang ni memang saya sangat terharu dengan beliau..dia memandu seorang diri selama hampir 12 jam dengan jalan yang teruk dan dia tak pernah pergi sebab masa tu saya kerja d kawasan pedalaman..punya la kecut perut bila dia tak sampai-sampai juga..habis la kalau jadi apa-apa kat dia..dengan line telefon takde..risau gila..rasa baru boleh bernafas bila dapat call dia..maksudnya dia dah dekat nak sampai..dah masa tu bulan puasa..kesian sungguh..
Itu la kali terakhir kami jumpa..dan masa dia nak balik tu tak tahan dia nangis sob..sob..sob hahaha..kartun betul la..saya nangis juga tapi dalam hati jer..macho kan..
Sekarang dia dah bahagia dengan insan istimewa itu yang semakin istimewa sebab dorang dah kahwin..ada anak dara sorang dah pun..
Saya sedar masa tu kalau ikutkan kata hati mungkin perasaan saya terhadap kawan mungkin akan terbabas sedikit..tapi kewarasan masih berfungsi dengan baik..saya tak nak hancurkan hati seorang perempuan seperti saya juga..ternyata jodoh dia untuk dia yang istimewa..i'm happy for him :D
Sesuatu yang buat saya taip cerita ni bila selasa lepas saya berkursus dan salah satu penceramah tu sebijik macam dia..dah la muka iras, gaya pun sama..tu yang buat saya tiba-tiba teringat dan rindu pada sahabat saya seorang tu..entah bila la dapat jumpa..nak juga jumpa dengan anak dara beliau yang katanya mulut murai sama macam saya..haha adakah...
Sekian cerita saya..jom minum milo dulu baru tidur sebab perut dah start tak selesa semula :(
5 comments:
Terkenang masa dulu la ni..hi hi...doakan ja la depa tu bahagia..moga bahagia tu juga sentiasa jd milik kta..
@Si Matatajam kihkihkih..ada la terkenang sikit..ya doa saya semoga semua sahabat saya sentiasa bahagia :)
alhamdulillah mereka dah bahagia... terharu gak kan bila dia sggup dtg drive sampai 12 jam...
@IntaNBerliaN tu la dia dah hepi sekarang..dah takde lagi kurus macam dulu hehe..mmg terharu dengan apa yang dia buat tu..
Kenangan indah itu selalunya manis...sesekali terlintas mmg best...kan.
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D