Sahabatku

Sunday, July 22, 2012

Pakcik! telur ni dah basuh ke?

Assalamualaikum :)

sumber : Sahabat Halal Jakim
Berbuka apa tadi? mesti banyak borong makanan kat bazaar ni kan hehe..bestnya macam-macam ada kan.

Saya sebelum balik tadi sempat la siapkan nasi lemak sambal sotong..buat juadah berbuka family kat rumah dan buat bekal kami-kami yang balik ke tempat bertugas masing-masing..ada juga ayam goreng guna perencah lemongrass pepper yang beli kat sarawak tempoh hari..sedap pedas lada hitam gitu..

Eh! uolss pergi beli kat bazaar tu ada tengok-tengok tak orang yang jual makanan tu jaga kebersihan ke tak..ke main beli jer..nampak sedap tunjuk hehe..

Kalau boleh la kan pastikan peniaga-peniaga tu jaga kebersihan..kalau tak cari la kat tempat lain..

Contoh telur..setakat ni tak pernah lagi kita dengar kat negara kita ni ada telur ayam haram kan..tapi tahu tak telur ayam yang kita biasa makan tu boleh jadi haram juga..

Cuba perhatikan orang yang jual burger..murtabak atau apa jer masakan yang guna telur dorang basuh ke tak telur tu..nak tahu macamana nak pastikan selalunya yang tak basuh tu depa ambik terus jer telur dari kotak atau bekas yang dari kedai tu dan yang basuh selalunya depa letak kat dalam bakul or apa-apa jer..kalau berani boleh tanya terus haha..takut ek!

Pernah nampak orang jual burger just pecahkan telur yang masih ada najis kat kulit telur tu..aduh! geli anak tekak..

Najis tu hukumnya haram kan..so kalau najis tu masuk dalam makanan yang kita makan agak-agaknya makanan kita tu halal ke haram yer? Wallahualam

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

Unknown said...

Penah nampak jugak..memang geli anak tekak..:)hehhe

Noor Atikah Ramli said...

tak penah lg ika nampak.hikhik

misshannajr said...

@una imana terus angkat kaki la jawabnya kalau jumpa peniaga macam tu hehe..eh bkn sepak tau..larikkkk jer kihkih

misshannajr said...

@Cik Rongoks jgn sampai jumpa sudah nnt nak mkn telur goreng pun x snggp hahaha

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D