Sahabatku

Thursday, July 12, 2012

Cerita petang khamis..anak siapa itu??

Assalamualaikum :)

Masih teringat-ingat sampai sekarang kejadian petang tadi masa balik kerja..masa tu baru lepas hujan lebat dan hujan belum reda sangat lagi, kejadian ni kat depan kawasan rumah jer.


Hampir terKISS kereta kat depan saya yang membrek secara mengejut..fuhhh! nasib baik tak kena..


Tiba-tiba nampak ada sorang budak pompuan kecik lagi agak-agak umur dalam 5 ke 6 tahun kot baru bangun dari terjatuh.. Ya Allah saya terkejut sangat, ingatkan kereta depan saya tu terlanggar budak tu.


Budak tu bangun jer terus berlari dengan muka yang blurr..aiks! pelik juga ingatkan lelaki dekat dengan budak tu ayah dia..masa tu dok perhati jer budak tu pergi mana..kot la dia nak kejar mak dia kat depan..tapi masa tu memang rasa semacam..pesal la mak budak ni careless sangat!!


Oh! no..budak tu rupanya berlari ke tengah jalan pula..dah la masa tu kereta banyak yelah masing-masing baru balik kerja..nasib baik masa tu kereta slow jer sebab jalan sempit..boleh nampak lagi budak tu beberapa kali terjatuh depan kereta yang bergerak..saya masa tu dah tarik handbreak nak keluar dari kereta..berdebor tengok tau..


tapi masa tu pulak banyak kereta lalu..yang last saya nampak dari side mirror budak tu terjatuh, bangun dan terjatuh lagi kat dalam air..nampak macam dia dah letih sangat nak berlari..saya tak sanggup dah nak tengok sebab takut ada kereta yang langgar dia..nak berhenti lama lagi memang semua kereta akan stuck kat situ..


Ya Allah semoga anak kecil itu selamat biar apa pun yang terjadi..harap-harap ada orang tolong selamatkan dia..masa tu kebetulan ada truck polis parking..harap-harap dorang sempat ambik budak tu..


Saya rasa bersalah sangat tak dapat buat apa-apa..benda tu cepat sangat berlaku..dia lari laju macam kejar sesuatu..tapi saya terkilan juga dengan orang kat sekeliling yang memang dekat sangat dengan budak tu tak buat apa-apa pun..masa mula-mula budak tu terjatuh depan kereta kat depan saya tu orang boleh pandang jer dia..


Takde perasaan dah ker orang sekarang ek?
Kenapa mak bapa terlalu cuai dalam menjaga anak?
huhh! banyak lagi yang saya pikir tadi..




p/s terbayang-bayang muka comel budak tu..kenapa dengan dia..nak kejar sesuatu atau dia nak lari dari sesuatu???? :(
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D