Sahabatku

Sunday, June 17, 2012

Cupcake bunga disirami hujan



Assalamualaikum :)

Dah nak jam 2 pagi baru terasa nak menaip..haru la mokcik sorang ni hehe..setelah keboringan baru teringat ada resepi baru nak share..resepi baru la sangat kan..bajet diri masterchef la tu..kihkih..

Allah, bagi la chance kat mokcik perasan sket..bukan selalu pun..
Actually cupcake ni buat ahad lepas, dek kerana kesibukan mengejar kebendaan hidup semata hinggakan takde masa nak buat entri ini..plus internet ciput yang buat saya rasa nak dapat darah tinggi jer bila upload gambor tak lepas-lepas..memang shut down terus la jawabnya!!



Sibuk sungguh la buat kek bagai ahad lepas, yang cupcake ni member minta tolong buatkan untuk majlis cukur jambul anak dia..pastu buat kek untuk bekalkan adik fly balik KL lagi..saja buat buah tangan la katakan,..tak sempat nak beraktiviti sangat dengan beliau sebab saya tak dapat nak cuti..janji nak p rock climbing dengan adik-adik pun tak kesampaian :(




Minggu lepas kat Kota Kinabalu hujan memanjang..saya plak demam memanjang bila asyik kena hujan..sebab tu la bagi nama cupcake ni cupcake bunga disirami hujan hakhakhak..nak pengsan!! huduh sungguh la bagi nama..malas dah nak pikir nama lain..cukup la masa buat ni pun saya dah lemau semacam..


Mujur la adik naik flight awal pagi, tu pun dah delay setengah jam..ramai kawan-kawan yang update status kat FB lepas tu stuck kat airport due to bad weather..memang teruk la..ada yang delayed hingga keesokan harinya..kesian..pengurusan airport pun masa tu jadi kelam kabut sangat.

Eh! terlajak cerita lain plak..nak bagi resepi tak?
ok nak share resepi cupcake ni dengan korang..resepi asal Vanilla Cupcake ni saya cilok dari blog Bro Mat Gebu kita la..sapa lagi kan sifu terkenal kita tu kan..tapi jangan la bandingkan yang saya buat ni hehehe...harus la tak secantik yang CMG buat..tangan dia halus..hahh!! halus..yelah halus berseni gitu.
ntah apa kena dengan cupcake saya ni..dah ikut semua step tp kek turun plak lepas dah sejuk..runtuh hati tengok tau..ntah apa silap saya..mesti ada la tu yang tak kena..


Jom kita tengok resepinya:

Bahan-bahan :
  1. 125g butter
  2. 3/4 cawan gula perang (soft brown sugar) saya kurang kan.
  3. 2 biji telur (sebijik ambil kuning jer) 2 kuning telur dan 1 putih telur
  4. 1 cawan tepung gandum
  5. 1 sudu teh baking powder (ayak bersama tepung)
  6. 1camca teh serbuk vanillin
  7. 75ml susu segar
cara-cara:
  1. Panasakan oven dengan suhu 180'C, alas acuan cupcake dengan paper cup. Saya guna cup yang keras.
  2. Putar butter dengan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga berkrim.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah digaul bersama serbuk vanillin berselang seli dengan susu segar hingga habis.
  4. isi dalam acuan 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dan sejukkan. Hias dengan cream pilihan anda ikut kreativiti masing-masing
#saya guna cheese cream

selamat mencuba uolss! esok israk mikraj..banyak yang kita boleh ambil sebagai iktibar dan panduan dari peristiwa bersejarah ini..




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

7 comments:

Unknown said...

pergh..best ni..gmbr tu..edit kasi cerah lagi nmpak selera

misshannajr said...

ostad jiji~ fail la bab edit2 gambo ni hehe

twinscraftlife said...

안녕하세요~~ Hi~ we sell handcrafts like pouch, key managers, bookmarks, bags and many many more! Please do visit us in our blog~ thank you~ 쇼핑하시면 더 더 감사하겠습니다~~
http://twinscraftlife.blogspot.com
http://thesoaplicious.blogspot.com

mrs eyza said...

wah pandai jugak la akak buat...eyza nie tangan tak berseni...kalau orang buat suka la tengok tapi nak buat sendiri pakai lambat laa huhu

IntaNBerliaN said...

ololooo comel plak tgk... ada bunga gitu :-)

misshannajr said...

@misz_eyza
tak cuba mana tahu reti ke tak hehe..try la buat sekali pasti eyza suka :D

misshannajr said...

@IntaNBerliaN tu la pasalnyer hehehe...bunga bajet kiut la kononya..padahal hahaha

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D