Sahabatku

Tuesday, June 12, 2012

Faktor blog jarang dikunjungi pelawat

Assalamualaikum :)

Apa khabar kalian semua..baik-baik hendaknya ya!
yang sedang menaip ini kurang baik sedikit kondisinya..

Eh! apahal taip gitu gaya...buruk tau haha..
Lempang kuat-kuat nak tak!!

Harini cuaca kat Sabah terutama kat area KK memang agak teruk
dari pagi dah hujan lebat..stop kejap then sambung pula tengahari..angin kuat..hujan lebat..
mungkin ke ini salah satu sebab broadband saya perform dengan sangat teruk..padahal tak hujan pun sama gak..rasa nak sumbat dalam toilet bowl jer pastu flush laju-laju..geram sangat!!

Due tu kejadian-kejadian seperti ini la saya nak kongsi faktor-faktor blog jarang dikujungi pelawat..jangankan pelawat..tuan tanah sendiri nak masuk pun tak boleh tau!

Ini adalah antara faktor-faktor itu..kalau setuju angguk sket kepala tu =P


  1. Anda berada jauh atau langsung tak berkait rapat dengan dunia jalur lebar walaupun hakikatnya papan iklan yang besar gedabak terpacak macho depan rumah anda "this is OUR territory"..memang tak la kan..yang territory tu bab kaut untung semata..bayar mahal-mahal tapi kelajuan macam siput sedut. Macamana nak update blog kalau camni..paling sadis dah taip berjela sekali nak publish tak boleh..hilang mood terus simpan kat draft..hahhh!! dok la situ sampai tua.
  2. Entri tak menarik..cam entri ni la..tak menarik langsung..takdok gambar..cakap melalut..
  3. Malas nak BlogWalking..kan dah kata..nak masuk blog sendiri pun terhegeh-hegeh nak kan pula nak bertandang ke blog orang..kalau internet laju mesti non stop buat mesyuarat tingkap kat blog orang.
  4. Gigih mencari rezeki hinggakan kadang-kadang lupa ada blog kesayangan sendiri sebagai therapy kalau rasa tension. Kalau dah kerja dari pagi ke malam mana la ada tenaga  lagi nak buat entri, padahal kalau tension harus la meluahkan perasaan kat blog tercinta ni.

Tak dapat nak pikir dah apa lagi faktor-faktor orang tak nak singgah blog kita..hahaha..mungkin ada yang kata alasan semata..mungkin juga  benar..bagi saya yang lain tu boleh diusahakan..tapi bab connection dengan internet tu memang lemah lutut..tolong la costumer dah bayar awak mahal-mahal tak kan la bagi kami servis buruk camni..

Huhu..sekian..


p/s kadang-kadang tunggu hingga tengah malam..pun sama juga slow kemain =(

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

keli menari said...

Yang last tu mmg gagahkan juga BW , walau lewat baleknya. Huhu

IntaNBerliaN said...

mmg susah nk bw jika tenet slow kn...

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D