Sahabatku

Friday, June 1, 2012

Akibat jakun sangat!

Assalamualaikum :)

Salam jumaat uols!
pagi yang indah di bulan baru :)
gud bye may yang baik hati sebab ada banyak cuti umum hehe.
minggu ni kira paling best la sebab isnin dan selasa jer kerja..rabu dan khamis pula kat sabah cuti umum sebab ada sambutan hari kaamatan atau harvest festival...kotobian tadau tagazo do kaamatan :)
saya tak celebrate sambutan ni sebab bukan orang perayaan kami..selalunya yang sambut ni adalah suku kaum kadazan, dusun dan murut..yang lain kurang pasti hehe..

tetiba arini tak best pula..pehal???
sebab semua family dah kumpul ramai-ramai kat kampung..saya pula terpaksa merempit balik ke rumah sebab harini terpaksa juga kerja...terpaksa??? hehe
bayangkan la perasaam uols, dah best cuti 2 hari tetiba jumaat kena dtang kerja balik..esok plak hujung minggu..huh! sungguh tak boleh nak cerna benda-benda macamni..nak cuti tak boleh..sebab sedar diri sendiri yang belum punya anak..#ni alasan utama para ibu bapa untuk tak bagi chance langsung pada yang bujang untuk bercuti pada cuti sekolah..hampeh! ingt kita takde family ke..sob..sob.sob..sedih..kot yer pun bagi-bagi sedikit sorang kan..

Ok la kita redha ok!
takpe semalam dah bergumbira secara besar-besaran bersama keluarga tercinta saya..
saya la yang beria plan nak buat family day masa cuti ni sebab semua dah ada kat rumah..bukan senang nak kumpul semua ni..
mula-mula ingat kan dah tak jadi disebabkan kesibukan sana sni kenduri non stop..kenduri kawen terutamanya..
bila tau semalam free dari sebarang jemputan terus proceed plan asal hehe..tapi tak berapa nak asal sebab mula-mula ingat nak pergi stay kat mana-mana resort atau bak kata adik saya yang comel-comel belaka tu nak pergi pulau hahaha..

Apalagi bila tau plan menjadi saya terus ajak adik pergi beli barang-barang nak masak bawa bekal..
hebat tak bila pergi picnic terpikir nak bawa rendang ayam dan pulut kuning haha,,ingat kenduri ke apa..

Bila dah sampai kat tempat kejadian wah! Wah! dan Wah!
keta saya paling last sampai sebab tak habis2 masaka..
walaupun pantai tu besa-besa jer tak la secantik pantai kat miami..haha
kat belakang rumah orang kampung jer pun..
tapi kami buat macam kampung sendiri..start dah jakun haha
bapa..mak semua pakat masuk dalam air..
main air tak ingat apa dah..
yang bestnya hanya family kami sahaja berada ditempat kejadian..so ada privacy sikit la kan haha..
akibat kejakunan tahap melampau kami..ya..semua pun dah macam udang kena bakar..
harini was-was nak pergi kerja sebab sunburn teruk..harap-harap orang boleh kenal lagi kihkih..

malas nak tunjuk gambor malu haha..



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D