Sahabatku

Tuesday, May 22, 2012

Saya malu dengan mereka

Assalamualaikum :)

Hai!
Seronok sungguh la esok keluar gaji hahahahaha..nak kena lempang kot gelak macam ni hehe..
Alhamdulillah..itulah imbuhan kat dunia atas kerja-kerja yang kita buat setiap hari kan..kalau kerja free sapa pun taknak dak!
Yang penting kita kerja ikhlas dan jujur..
takde la reti tunggu hari gaji jer tapi kerja malas..

Kadang-kadang manusia ni memang tak reti nak bersyukur kan..
kalau dulu nak cari kerja beria-ia, tapi bila dah dapat kerja tempat selesa, gaji pun boleh la agak selesa juga tapi buat kerja macam tak beria-ia pun..

Bukan nak kata orang tapi ni ingatan untuk diri sendiri..saya tak malu mengaku kadang-kadang bila dah terlalu letih, stress akan ada juga keluar perasaan tak puas hati.

Berapa kali saya tersentuh melihat pekerja yang kerja sebagai tukang sapu, tukang kebun, pengawal keselamatan yang kadang-kadang terpaksa berhadapan dengan suasana kerja yang kurang selesa tapi masih mampu tersenyum dan kerja dengan bersungguh-sungguh...

Bila melihat orang-orang macamni saya termalu sendiri..alangkah teruknya saya!

Tak ramai yang melihat orang-orang sebegini sebagai contoh yang baik sebab mereka kerja rendah dari kita..
"mana boleh tukang kebun pula jadi contoh..kalau dia bagus sangat mesti tak jadi tukang kebun kan"...
mungkin ini yang pernah kita fikirkan..kenapa kita tak nak ambik apa yang baik dari orang lain walaupun dia kerja tak setaraf dengan kita..nilai-nilai murni macamtu kita tak payah nak cari dari tempat atau orang yang lebih bagus dari kita jer..kerja dia tak bagus tak semestinya dia tak buat kerja dengan bagus kan..tapi kalau kerja "tak bagus" yang lain tu lain cerita..korang dah dewasa so faham-faham la kan..

Saya sering menjadikan golongan seperti ini sebagai contoh yang baik..melihat akak-akak cleaner yang kerja bertungkus lumus memastikan keadaan sentiasa bersih dan terkawal walaupun gaji mereka hanya RM500 sebulan buat saya terfikir sendiri..InshaAllah apa yang mereka dapat pasti lebih berkat.



p/s jom korang kita ramai-ramai puasa sunat bulan ni..boleh praktis sekali untuk ramadhan kan :)



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. akak pun kdg2 tersentuh tgk mereka semua ni..

Ini Kisah Tia said...

orang memang macam tu . suka pandang buruk pada kerja yang dorang nampak "low class" .. masya-Allah. kalau tak ada mereka , hmm .. tak tau lah nak kata macamana ..

misshannajr said...

Intan~ sedihkan tengok dorang esp yg dah tua2 pun still kena keja berhujan berpanas :(

misshannajr said...

Tia~ masing2 ada tanggungjawab kan..so tak kira macam mana jenis kerja pun tetap penting utk semua..yg penting halal :)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D