Sahabatku

Thursday, May 17, 2012

Nak menulis, berbakat ke?

Assalamualaikum :)

Dah lama dah minat menulis ni ada dalam diri saya tau..kalau dulu masa kat sekolah menengah pernah la juga menang pertandingan menulis cerpen sempena Minggu Bahasa Malaysia..hehe..cheh! tu jer pun nak hebak sgt kan..suka hati la! kihkih

Orang kata kalau ada minat takde bakat pun boleh jadi kan..tapi kalau ada bakat dan minat tapi tak pernah nak cuba mana la nak tahu boleh ke tidak..

Saya dulu pernah berangan nak jadi penulis buku cerita kanak-kanak..wah! kena imaginasi tinggi tu..

Rasanya tak mustahil kan kita boleh buat benda-benda macamni..yang penting ada kemahuan dan berusaha.

Nak cuba la buat cerpen sebagai permulaan..nak tulis kat blog ni..agak-agak ada tak orang nak baca yer?
haha..kalau yang datang jenguk blog ni pun cuma berapa kerat, agak-agak la pula kan..tapi kalau tak cuba mana nak tahu kan :P


Pernah baca tak novel ni? tahun lepas kot keluar..novel SKSI ni tulisan adik saya..macam tak percaya jer dia boleh buat novel..dalam senyap-senyap dia tulis novel ni dan kami hanya tahu bila dia kena tagged kat facebook..

Bila tengok dia punya royalti wah! masyuk juga ek..hehe..bertambah la keinginan saya nak menulis..tapi nak mula tu bukan main payah lagi..rasa macam tak cukup masa jer 24 jam sehari..terukkan saya..

Harap-harap keluar la semangat nak menulis ni..keluar la idea mencurah-curah haha..sekian la saya mengarut..

Babaiiiii.......


p/s baru dapat satu ayat dah blank! kihkih



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

wah.... adik awk tulis novel yer... hebat..

insyaAllah kalu ada minat, mesti blh buat novel punya... :-)

misshannajr said...

a'ah akak..hehe..baru satu jer dia tulis pasni taktau la ada lg ke tak..
InshaAllah pasti boleh kan..tapi takde la sampai tulis novel..tak sempat kot hehe

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D