Sedih rasanya bila kita tak mampu buat apa-apa untuk orang yang kita sayang..
apa yang kita nasihatkan pun sudah tidak mampu untuk dicerna oleh otak..
saya pun tak tahu nak kata apa lagi..
mungkin kah benar ini ketentuanNya..tapi kita masih mampu berusaha untuk keluar dari kepompong masalah itu jika mahu..ya sebenarnya kamu sendiri yang terus-terusan memerangkap diri walaupun ada jalan keluar yang boleh dipilih..
Sahabat,
Saya hanya mampu memberikan kata-kata percuma untuk kamu..
tapi bila kamu sendiri tidak mahu dibantu, apalah daya saya
kata kamu ini takdir!
tapi ini baru bermula..kamu masih boleh berundur jika kamu sendiri berkeinginan
kamu lambakkan beribu alasan..
Jujur saya kecewa dengan kamu sahabat,
kamu sudah membutakan mata dan memekakkan telinga kamu dari nasihat yang datang..
tapi kasih sayang yang terjalin antara kita tidak bisa membuatkan saya menjauhkan diri dari kamu, apatah lagi untuk menyingkirkan terus kamu dari dalam kamus hidup ini.
Apa pun yang akan terjadi kelak,
tabah la menempuhnya..
saya hanya mampu mendoakan
semoga pilihan kamu itu tepat dan membahagiakan kamu sahabat tercinta
p/s........................................................................!!~
0 comments:
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D