Sahabatku

Tuesday, April 3, 2012

ROCK CLIMBING!! cabaran buat si gayat..

Assalamualaikum :)

Cik Mia in action!!

gemokss!!
Bismillah..berdebor wei!!


2 lawan 1..mana aci haha

smpi bengkok badan cik mia

ensom tau mamat kat sebelah tu hehe..smpt juga dia bg tips ms sya ketakutan nak turun  haha

Yeayyy!! akhirnya dua orang mokcik yang gayat ni berjaya mencabar diri sendiri untuk menghilangkan perasaan itu..walaupun pada mulanya nak tak nak jer naik last-last gian pulak hikhik!

Ini la aktiviti yang kami lakukan ahad lepas..jumaat tu dah datang sini survey..dah tekad la konon-kononnya nak naik..hehe..bila dah sampai masa masa berdebor tak menentu pulak tengok ketinggian yang agak tinggi tu..bg kami yang gayat ni la..

Kejadian ni berlaku kat SICC (Sabah Indoor Climbing Centre) kat kompleks sukan Likas..dah nak termuntah Likas tgk kami 3 hari berturut-turut ke sana haha..bila dah sampai sana mula la bertolak-tolak..nak ke tak..nak ke tak..seluar tak tukar lagi..akhirnya sya sempat tanya staff kat sana en remy..dan bila dia bg semangat rasa ok..p tukar seluar dan semangat nak naik..

Sampai kat kaunter untuk newbie kena register dulu jadi member bayar RM21..kalau dah jd member bayar RM16 unlimited smpi naik kejang badan climb la puas-puas.gulp! haha..masa nak isi form tu kena baca T&C..alamak ketor balik lutut bila kat sana kata sukan ni berisiko untuk injury and death dan semua on our own risk..termenung jap mokcik dua orang ni..nak isi ke tak..habis la tak kahwin lagi ni..haha

Tarik napassss panjanggggg!! akhirnya hantar juga form..bermula la sesi pilih memilih kasut yang busuk tu..sabor jelah uwekss! normal la kan kasut yang provided mmg cmtu..sma gak kat bowling kan..tak bernapas bau kasut dia..pastu tak reti pulak nak pakai alat-alat kat pinggang tu..dah kena sebijik gelak oleh en Remy bila sya pakai terbalik haha..last2 suh dia tolong pasang..padan muka!

Ehem! ehem..En Remy ah ready..asyik tengok kami yang tolak menolak haha! sabor jelah dengan mokcik berdua ni yer nak remy..akhirnya dgn kuasa veto yang saya ada cik mia kena naik dulu..hurm! boleh tahan juga jeritan batin beliau haha..dia sorang jer menjerit..hahahahah...

Kini bila dah tiba turn si gemokss..ketor sungguh la..ramai plak tu yang menyaksikan malu la i haha..cis bedebah..kebetulan plak masa sya naik tu ada dua ekor kumbang juga turut serta tu yg ramai kawan-kawan depa tengok..hip..hip..horayyy!!sya berjaya dengan sungguh jayanya..cik mia tak sampai atas..dia tak dapat pegang smpi yg paling atas..so tak kira hehe..padan muka beliau..tapi masa nak turun tu Ya Rabb takutnya la..sebokk la nak pegang apa yang tercapai dengan tangan walaupun orang kat bawah kata lepas..haha..tiba-tiba mamat ensom kat sebelah sya tu sempat pula bg tips..lepas jer tangan..baringkan badan..baik encik! sya akan ikut cakap encik hehe akhirnya selamat mendarat..

Bila dah gian cmtu la mokcik dua orang yang gelojoh itu...pastu sekali nak naik lagi..dan lagi..akhirnya sya buat 5 climb dan gagal yang terakhir sebab dah habis energy..cik mia pass 2/5 haha tgn beliau pendek! 

Sukan ni sgt best! mencabar dan perlukan kekuatan mental dan fizikal..esp kekuatan tangan..ramai budak-budak lagi dah berani climb tau..bgs! nampak dorang tak putus asa bila gagal dan cuba lagi..

InsyaAllah sabtu ni pergi lagi..nak buat yang tak lepas tu..hehe..tapi sampai arini tangan masih sakit..masa nak tukar gear 2 adalah yang paling nikmat..


p/s tumbuh otot kat tangan..nnt jd macam abg ben camner haha


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

nur anis said...

saya tak pernah try benda ni..teringin jugak sebenarnya...

misshannajr said...

@Anis..try la..best juga..tp paling best sakit tgn smpi sekarang :P

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D