Sahabatku

Monday, April 2, 2012

Bihun Singapura yang sampai kat JB jer

Assalamualaikum :)



Seronok pula rasanya kalau jadi permaisurirumah ni..boleh tidur lewat..bgn lewat sket...ala lewat sikiiit jer hehe..kul 6 ke 6.30 tu rasanya takde la lewat sgt kan..

Boleh online sesuka hati pulak tu..hehe..kalau kat opis mana boleh online masa kerja..takut nnt curi masa..bahaya tu takut-takut nanti pendapatan tak berkat..kalau kat umah ni sehari boleh update sampai 4 entry pulak tu..bestnya!

Pagi tadi demi nak isi perut yang dah berkeroncong saya teringin nak makan bihun singapore..ala yang takde kaler pucat lesi tu..tp menarik dengan bahan-bahan yang pelbagai warna..2 hari yang lepas dah beli ecoBrown's vermicelli..best meehoon ni tak mudah putus masa nak masak..meehoon diperbuat dari beras perang dan yang paling penting HALAL..

Alkisahnya nak makan bihun singapura ni tapi bila check stok bahan pula tak berapa nak complete..tapi hentam jer la yang penting menjadi..kejap jer buat pun..tak sampai setengah jam siap nak makan..saya cakap kat kawan saya bihun ni tak sampai singapore..smpai JB jer sbb tak cukup bahan..nak tersedak cik mia trgelak smbil bihun penuh dalam mulut haha..cik mia sgt suka..dia kata sedap lagi-lagi bila saya sengaja letak cili banyak-banyak..cik mia hantu cili...

Nak juga la share resepi kat sini..hehe..mana la tau ada yang berminat nak try kan :)

Bahan-bahan:
  1. meehoon 
  2. bawang putih
  3. bawang merah
  4. lobak
  5. sawi (sya tak letak)
  6. udang (sya tak letak)
  7. sotong (sya tak letak)
  8. cili merah
  9. cili padi
  10. lada hitam (tumbuk halus) sya guna yang serbuk sahaja
  11. garam
  12. minyak
  13. 1 biji telur
  14. Daun bawang
cara-cara:
  1. Rendam meehon dalam air sejuk hingga lembut, kemudian tambahkan air panas dan rendam lagi sekejap. Toskan.
  2. tumis bawang merah, bawang putih,cili merah dan cili padi
  3. Pecahkan sebiji telur
  4. Masukkan sotong, udang sebentar dan kacau (jika ada)
  5. Masukkan garam dan kacau sebati
  6. Masukkan lobak dan sawi kemudian masukkan meehoon tadi, tambahkan lada hitam dan masak hingga meehoon sebati dengan bahan-bahan lain. Boleh tambah sedikit air jika mee agak kering.
  7. Akhir sekali masukkan daun bawang sebagai hiasan.

p/s tak berapa pandai nak susun ayat bab method ni hihi..selamat mencuba :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

Ucu Faridah said...

berkeroncong gak ni perut bila tengok meehon yg x sampai2 tu...

sama mcm tiramisu2 yg ada tu... philadilpea -btl ke ejaan tu...:)

Nor Quraishia said...

boleh cuba nie. hehe

misshannajr said...

@Ucu~ hehe bihun tak sampai2 ek! tQ kak

misshannajr said...

@Nur cuba la..simple jer :)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D