Sahabatku

Tuesday, April 3, 2012

Banana Chocolate Rice Cake

Assalamualaikum :)






Wah! harum semerbak bau umah cik hanna semalam bila kek pisang yang sodap ni kat dalam oven lagi..berbunyi perut tak sabar nak tunggu kek ni masak..adoi! dasar gemokss..

Bila jalan-jalan kat Home Sweet Home kak Ummi terjumpa la resepi yang ohsemm ni..bila cikedaut resepi memang tak banyak bahan dan penyediaan pun mudah..tak sampai setengah jam dah siap nak bakar..dan yang paling tak tahan cam besa la persembahan yang menggoda jiwa tu..tengok gambar kak Ummi pun dah terliur..tak boleh jadi ni nak kena cuba juga..

Kebetulan saya nak hantar kek kat kawan-kawan di hospital lama..sebagai tanda terima kasih saya pada mereka atas segalanya selama saya berada di sana..romantik tak sya? hahaha...petang tu juga lepas balik dari rock climbing saya pergi cari pisang..Alhamdulillah jumpa pisang berangan yang dah ranum..dalam keta lagi sya dengan cik mia yang kelaparan membahan pisang ni sebiji sorang..gelojohkan haha..

Pagi semalam sya buat sebijik kek ni..cik mia kata sedapnyerrrr!! cik mia ni sebenarnya tak suka kek dan segala yang hampir sama dengan kek..tak sangka beliau suka pula..sya saja kurangkan manis sbb cik mia..walaupun takde badam hiris macam kak Ummi tu sya bubuh juga badam cincang..tak kurang sedapnya..

Petang tu teringat pulak akak kat ofis admin aritu yang banyak tolong sya buat hal-hal urusan gaji dan perpindahan sya..dan sya janji nak bagi dia kek dan dia minta resepi sambal nasi lemak..kebetulan pisang berbaki banyak lagi..sya dengan cik mia pun keluar lagi pergi beli butter dan juga badam hiris..nak juga sama macam kak Ummi hehe...

tapi yang version badam hiris tu tak upload sini..nanti la ok..

Kek ni memang recommended utk dicuba tau..tak rugi..sedap dan mudah..jom semak resepi yookkk!!


Bahan-bahan

Bahan A

  1. 150g marjerin (sya guna buttercup)
  2. 150g gula castor (sya guna 130g)
  3. 3 biji telur
  4. 100g susu segar (memang guna Gram)
  5. 100g pisang ranum yang sudah dilecek
Bahan B

  1. 200g tepung naik sendiri
  2. 30g chocolate rice
  3. 1/4 sudu teh soda bikarbonat
Hiasan
  1. 2 biji pisang potong bulat dan nipis
  2. Hirisan badam (optional)
Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kelihatan putih
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati(masukkan sebiji telur dan pukul baru masuk telur lagi)
  3. Secara berselang seli masukkan bahan B dan susu hingga habis
  4. Perlahan-lahan masukkan pisang dan gaul guna spatula hingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dilapis menggunakan baking paper.
  6. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar dengan suhu 170'C selama 40 minit atau hingga masak.

p/s suka sangat dengan badam..sedapppp sgt!



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

6 comments:

nur anis said...

kalau nama kek pisang ni, bau dia memang semerbak je kan..cuma saya memang tak tahan bau kek pisang ni..boleh pening..huhu

IntaNBerliaN said...

mcm senang je nak buat kek ni.. lenkali blh try..hhih

Navaneetham Krishnan said...

I am loving this cake you made and looks so good.

misshannajr said...

@Anis~la tak suka bau kek pisang ke? sedap tu dik hehe..

misshannajr said...

@intan berlian~ try la kak..tp c kecik alisha pandai ker makan kek ni..mcm heavy sgt..tp takpe jamu tuk cik abe tu hehe..try la :)

misshannajr said...

@Nava~ tQ dear :)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D