Sahabatku

Saturday, April 21, 2012

Gaji Baru Dan Tunggakan..senyum jelah

Assalamualaikum :)

Hai! kamu...kamu...dan kamuu...selamat berhujung minggu uolss! morninh :D
Wah intro pun dah ketara happy yang membuak-buak haha...ada ke ayat camtu..
kena la happy sentiasa kann,..

Malam tadi kat facebook rata-rata kawan penjawat awam buat status pasal gaji baru..wah! seronoknya..
gaji lambat lagi..ada 4 hari lagi baru la keluar gaji..
tapi yang buat semua orang senyum tak henti-henti sampai nak jammed dah rahang tu sebab pay slip dah keluar!! hoyayyy! hoayayy! ceh! macam la pay slip tu boleh bawa p petrol station isi perut cik myvi tu kannn..

Bukan apa..semua orang happy sebab betul-betul dah naik gaji..selagi belum nampak dengan bukti yang kukuh orang tak percaya..so, bila dah ada pay slip ni kiranya sahih la berita itu...dan double tripllllleeee happy bila ada tunggakan dari bulan januari dapat sekali bulan ni..Alhamdulillah...

Apa pun kita kena bersyukur pada Allah SWT...kerana hanya Dia yang berkuasa memberikan sesuatu rezeki kepada hambaNya..bukan bersyukur pada manusia..kadang-kadang kita terlupa pada Allah dan hanya nampak manusia jer..paham tak?  Memang scara zahirnya nampak manusia yang bagi tapi hakikatnya semua ni datangnya dari Allah..

Tapi terkilan juga bila org gomen (bak kata kawan-kawan saya) naik gaji mula la harga barang semua melambung..sebelum naik gaji lagi, baru jer khabar angin tauke dah start pasang strategi mana nak kaut untung..naik gaji 13% tapi barang dah naik 30%...hurm! tu bagi yang ada gaji..jangan plak kita lupa kat saudara kita yang cuma hidup bergantung dengan hasil ternakan..hasil bercucuk tanam..hasil menangkap ikan..penoreh getah..cleaner..dan apa-apa lagi pekerjaan tetap menerima tempias yang sama..kesian sangat dengan nasib mereka..harga makanan semakin tinggi terutama kat kampung-kampung tauke kedai runcit sewenang-wenangnya letak harga cekik darah..akhirnya yang senang jadi susah dan yang susah bertambah susah..saya pun susah nak fikirkan...


p/s simpati pada mereka kerana saya pernah merasa



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

5 comments:

uLan said...

betul betul... gaji naik 13% harga barang pula melambung lambung meletup.... barang dapur menjadi sasaran... huhuhu dimana projek inflasi sifar ni...???

misshannajr said...

sedih kan..sdgkan kita yg bergaji ni pun merasa apatah lg org yg lebih susah..

IntaNBerliaN said...

a'aa gaji gomen dh msk kan... akak xkeje.. so, xda slip gaji...hihi

Ini Kisah Tia said...

so , apa makna gaji naik kalau harga baeang pun naik?

misshannajr said...

IntanBerlian~ best apa dok umah..dapat jaga anak sendiri :D

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D