Sahabatku

Saturday, April 21, 2012

Nak kena kahwin dah ke?

Assalamualaikum :)



Wahhh! lagi 2 tahun nak naik pangkat ni..digit pun dah nak bertukar ke 3..
Nak happy ke apa ni!
Nak sedih? tak kot..
hehe..ni bukan cerita pasal naik pangkat dalam kerjaya..kalau yang tu lambat lagi kot..tapi kalau dah rezeki awal Alhamdulillah la kan..
bukan juga nak cerita gaji naik sampai jadi digit 3...wah! yang tu mahsyuk sungguh la kan..

Lagi 2 tahun dah meningkat umur jadi tigaploh..hehe..tapi tak kawen-kawen lagi ni camana..orang dah bising-bising dah..eh! orang tu sapa..haha sapa-sapa je lah..

Semalam birthday wishes dari family dan sahabat hampir semua mendoakan saya cepat kawen..amin InshaAllah..moga sahaja Allah akan mempertemukan saya dengan jodoh saya yang dah tertulis..cuma sekarang tak boleh nak kata apa sebab memang belum sampai jodoh.. dan saya yakin Allah ada perancangan yang terbaik buat saya..

Isu kawen ni bukan baru, dah lama dah saya terpaksa menadah telinga dengar bebelan dari mak nenek sekalian hahaha..macam-macam orang kata..saya memilih la..saya ni high demand..saya ni itu la..ini la...shadap!!! hahaha...

Yang mampu saya lakukan hanya berdoa pada Allah..semoga dipertemukan dengan insan bergelar lelaki yang mampu menjadi imam buat saya dan anak-anak kelak..saya yakin kalau manusia yang baik dengan Allah pasti dia akan baik juga sesama manusia..saya nak suami yang baik! :)

Ada pula orang kata setakat berdoa jer tapi tak berusaha pun tak boleh juga..serius saya kata kalau nak mulakan perkenalan saya tak mampu..saya pemalu ok! kalau kawan saya dengar statement ni pasti beliau muntah! hehe...


p/s nak suruh mak cari???
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

keli menari said...

haa..suh mak cari!ye2.hehe idea bagus..

misshannajr said...

haha..mak akak tak reti la nak cari2 jodoh tuk anak dia

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D