Sahabatku

Sunday, January 29, 2012

Kasih Ibu Membawa Maut..erk!!

Assalamualaikum :)


Eh dah nak masuk jam 11 dah ghuponya hehe..kira pg lg kan..selamat pagi korang..
buat apa tu? tidur lg yer..dah..dah la tu..
baik tolong mak kat dapur buat lunch hehe :P

Tengok tajuk N3 sya ni mesti ada yang kata pepatah yg sya guna ni salah..yelah selalu kita dengar "kasih ibu sampai ke mati" tp ni kenapa plak kasih ibu membawa maut ni..
nak tahu lbh lanjut baca berita kat bawah ni..korang akan faham..

ANAK mangsa membaca surah Yasin di lokasi kejadian ibunya, Rosmariah Mohamad (gambar kecil) maut  dipercayai dilanggar kenderaan kira-kira 250 meter dari rumahnya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka, semalam.


MELAKA TENGAH: Seorang ibu yang keluar berjalan kaki mencari dua anaknya yang belum pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam, maut dalam keadaan menyayat hati dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di Jalan Tun Teja, Cheng dekat sini, awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Rosmariah Mohamad, 34, ibu empat anak berusia antara 12 hingga 16 tahun, mati di tempat kejadian selepas kepalanya pecah dan cebisan otak tercampak dalam pagar berhampiran kawasan kejadian.


Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Rumah Pangsa Cheng Mutiara selepas bimbang keselamatan dua anaknya, Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang tidak pulang ke rumah sejak keluar bermain futsal di pusat sukan, kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada jam 10.30 malam kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah, berkata siasatan unit forensik terhadap kes itu menemui cermin sisi kenderaan yang tercabut dipercayai selepas melanggar mangsa selain beberapa pokok patah berhampiran lokasi. 

“Akibat rempuhan, mangsa terpelanting ke pokok dan pagar berhampiran, sebelum terhumban ke dalam longkang. 

“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. 

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian, apabila suami mangsa, Samad Saliman, 37, duduk di sebelah jenazah isterinya, manakala empat anak mereka membaca surah Yassin. 
Selain Mohd Shazurin Farhan dan Mohd Syazrul Fahmi, mangsa meninggalkan dua lagi anak, Mohd Isyazwan Firdaus, 16 dan Mohd Nor Syarin, 13. 

Samad berkata, dia yang tidur hanya menyedari isterinya tiada di rumah pada kira-kira jam 4 pagi dan keluar mencarinya. 

“Saya gagal menemuinya dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 5 pagi. Ketika bersiap untuk keluar mencarinya semula pada jam 8 pagi tadi (semalam), saya dimaklumkan jiran ada mayat dalam longkang. 

“Saya terus berlari ke tempat kejadian dan sedih sungguh apabila melihat mayat itu adalah isteri saya,” katanya. 

Beliau berkata, kedua-dua anaknya yang keluar bermain futsal pulang ke rumah kira-kira jam 1.30 pagi, tidak menyangka Rosmariah keluar mencari mereka dan beranggapan ibu mereka tidur di bilik. 





p/s harap2 jadi pengajaran pada adik2 kita yang suka sangat buat mak bapa susah hati..
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D