Assalamualaikum :)
ERCIS, Turki – Bayi perempuan berusia dua minggu berjaya dikeluarkan dari celah runtuhan sebuah bangunan apartmen, 72 jam selepas gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda timur Turki.
Imej di televisyen semalam menunjukkan beberapa anggota penyelamat bertepuk tangan semasa bayi berkenaan dikeluarkan dari celah runtuhan.
Bayi bernama Azra Karaduman itu dibawa keluar oleh seorang anggota penyelamat dalam keadaan bogel dan kemudian dibalut dengan selimut dan diserahkan kepada anggota paramedik.
Ketika ditemui anggota penyelamat, bayi itu berada dalam dakapan ibunya.
Mereka turut melakukan usaha untuk mengeluarkan ibu bayi itu termasuk neneknya yang masih hidup.
“Saya amat teruja. Apa lagi yang perlu saya katakan. Biarkan Tuhan membantu mereka,” kata nenek bayi itu, Sevim Yigit kepada Reuters.
Menurutnya, bayi itu dilahirkan dua minggu lalu.
Gempa bumi yang berlaku pada Ahad lalu itu meruntuhkan lebih 2,000 bangunan dan menyebabkan 366 orang terbunuh.
- Reuters
Lebih dari berita klik mynewshub
p/s Dengan kuasa Allah takde yang mustahil..
0 comments:
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D