Sahabatku

Sunday, December 23, 2012

Kena jangkitan virus

Assalamualaikum :)

Parah dah saya sekarang ni..sapa yang dapat tolong saya?? Teruk hinggakan nak buat apa tak boleh..sebab tu blog ni terbiar macamtu jer..kalau la tahu macamni jadinya takkan saya nak biarkan diri dijangkiti..

Dah berapa tahun dah saya tak terjebak dalam kancah Kdrama ni, dah insaf sebab ingat diri dah tua takmo la layan cerita2 jiwang-jiwang ni haha..

Tapi ada seorang kawan saya memang teruk dah addicted dengan drama korea ni..memang tak boleh nak bendung dah..siap dengan anak-anak dia sekali pun gila kan apa-apa jer pasal korea..haisshh!

Gara-gara akak ni la saya terjebak semula..cuma sempat tengok beberapa part jer tapi saya dah terjatuh cinta dengan jalan cerita drama ni..ehemm! hero pun hensem walaupun dah tua miahaha..

Eh! lupa nak bagitau tajuk drama tu.."My Love Madame Butterfly"
hehe..saya tengok online..best la cerita ni walaupun sakit hati bila line internet macam ciput jer..tabahkan hati jer demi nak tengok senyuman yang argghh!! melted i tau :P


Drama ni buat saya jatuh hati sebab banyak cerita berkisarkan family yang boleh buat saya mengalir air mata..pasal persahabatan..bukan cerita cinta semata-mata..

Tak sabar nak tengok episod seterusnya, currently episode 21 with english subtitle..sepatutnya episod 22 dah keluar tapi sebab baru2 ni korea ada election so tak dapat nak tayang pulak..drama ni pun sekarang tengah tayang kat TV korea..kira terbaru la.
Tadi tengok dah ada episod 22 dan 23 tapi takde sub..terkebil2 la tengok tak paham apa dorang cakap miahaha..


#masak la nak tunggu sampai 50 episod T__T


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

1 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

bolehlah layan jugak nanti hihihi

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D