Sahabatku

Wednesday, November 21, 2012

Save GAZA..nak banner?

Assalamualaikum :)

save gaza 3 Banner
Maaf lah kalau ada yang dah bosan dengan entry saya yang hampir sama saja untuk jangkamasa terdekat ni..kalau tak berminat tak perlu la baca kan hehe..

In Shaa Allah saya takkan pernah bosan bercerita tentang GAZA ni selagi termampu..saya tak mampu nak buat apa2 lagi untuk saudara-saudara kita di sana..hanya usaha kecil ini saja yang termampu :(

Agak biasa bila ada yang berkata-kata..takpe la kita tak mampu nak tutup mulut orang...semoga usaha sekecil ini mampu juga membantu..

Ada seorang sahabat FB saya katanya nak pergi McD, saya komen status dia..dengan ayat yang manis kot.. "boikot McD demi saudara kita di GAZA hehehe" camtu kot ayat saya..harap dia tak terasa hati la..tahu tak apa jawab dia? " susah juga nak boikot McD ni sebab kerajaan Malaysia dah bg lesen dorang bisnes di Malaysia"..
Jawab saya pula "takpe ada lagi yang bukan 'KITA' akan beli produk dorang..hehe..tapi takde paksaan :D".

Jawab macamtu pun boleh ek? sedih juga bila kat luar negara yang rata-ratanya bukan ISLAM boleh boikot..kita pula sanggup bangun awal pagi beratur ambil burger free McD bagi..

Ada juga yang mempersoalkan hukum makan McD..memang la tak haram..kan sah-sah dah JAKIM bagi sijil halal, takkan la disebabkan isu ISRAEL vs GAZA ni tetiba jadi haram pula..ini isu kemanusiaan dan ISLAM, kalau rasa-rasa masih lagi berperikemanusiaan tak support la kot penyumbang-penyumbang ISRAEL laknatullah ni..bukan McD jer..ada banyak lagi..

Kalau ada yang letak banner kat blog korang tanda support GAZA boleh pergi Blog Denaihati dan kopipes letak kat blog uolss :D

#Hidup dan mati saya hanya untuk ALLAH
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

6 comments:

Fendy said...

sekurang-kurangnya kita tidak membantu mereka...menjatuhkan ekonomi mereka secara perlahan..banyak lg produk lain yg berkualiti...

Tihara said...

as salam

ramai org tak faham pasal boikot ni..kita kena boikot then kena sokong produk negara seniri

IntaNBerliaN said...

nsb akak mmg dr dulu xsk sgt makanan mcd sbb xmemenuhi selera.. hihii

misshannajr said...

@Fendy yup! betul tu..tak mati kalau tak guna produk dorang kan..hehe

misshannajr said...

@Tihara yekah kak..kdg2 ada yg faham tp saja buat2 tak faham..kalau jd bnda ni smua kat dorang dan org buat2 tak faham mgkn baru dorang rasa macamana kan..

misshannajr said...

@IntaNBerliaN dulu setahun mgkn ada la 5 kali pergi tp skrg strictly NO

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D