Sahabatku

Friday, October 5, 2012

Jangan terlalu sombong

Assalamualaikum :)

Letih kemain lagi bila seminggu ni 4 hari saya kena kerja dari pagi hingga ke malam..rasa penat dan mengantuk sangat..

Tapi sedih juga bila kita dah cuba bagi yang terbaik namun masih ada lagi yang tak tahu bersyukur..sedih sangat..

Setakat ni rasanya satu-satunya kementerian yang memberikan perkhidmatan 24 jam atau extended hours selain dari polis hanya Kementerian Kesihatan jer..sorry kalau saya tersilap..kot la ada yang saya tak tahu..

Kalau ada yang kata kerja kami mudah..ya mungkin nampak mudah..tapi tak semudah mana bila terpaksa berhadapan dengan orang sakit..kami pun boleh sakit sama..

Penuh dengan pelbagai kerenah..dari pelanggan..dari pihak atasan..semuanya boleh menaikkan darah kalau diikutkan perasaan..tapi kami cuba sedaya upaya bagi yang terbaik..namun pasti ada error sana sini sebab kami juga manusia..

Tadi saya terasa down sangat..bila dimarahi oleh pesakit hanya kerana prosedur biasa..dia marah tanpa mendengar penjelasan langsung..dia hanya sempat menjual segala apa yang dia ada..ya pangkat jawatan, siapa dia..Ya Allah ni la manusia..hanya memikirkan kepentingan sendiri..hanya kerana dia sibuk orang lain terpaksa mengikut rentak dia..

Bukan mudah untuk telan semua ni bila kita dimarahi,,dimaki, diugut depan berpuluh orang..malu..ya hanya orang yang dah hilang perasaan mungkin tak akan rasa malu walaupun itu memang bukan kesalahan kita..dan yang paling teruk kita langsung tak boleh membela diri..seperti orang bodoh hanya boleh senyum bila dimarahi.. T___T

Semoga Allah terus memberikan kesabaran pada orang seperti kami agar kami tak menjadi seperti mereka-mereka yang terlalu sombong dan angkuh..





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

Nisa Greennnpanda said...

keje jnis perkhidmatan mmg kne byk b'sabo...

IntaNBerliaN said...

ooo hanna kerja dgn kementerian kesihatan ke..?.. dkt bahagian mana yer..?.. mana la tau kot lain kali kak ina perlu apa2 maklumat blh tanya hanna.. :-)

misshannajr said...

@Nisa Greennnpanda itu la kadang2 hingga tahap kesabaran tercabar oleh kerenah manusia..kalau diikutkan apa perasaan mereka2 ini jika diperlakukan seperti apa yg mereka lakukan..sedih sangat..

misshannajr said...

@IntaNBerliaN iya kak ini..saya org KKM..depertment mana??? jeng..jeng..jeng..tempat pebret sekalian alam..saya bahagian farmasi kak..tanya la kalau yg saya boleh jawab saya akan jawab :D

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D