Sahabatku

Monday, September 10, 2012

Rendang Ayam

Assalamualaikum :)


Ni la rendang yang saya buat untuk masuk pertandingan memasak semalam hehe..tapi yang dalam gambar ni bukan untuk pertandingan tu, yang tu dah takde dan tak sempat pun nak snap gambo..yang ni dia posing sesaje jer malam tadi buat tatapan uolss hahaha...

Saya memang akan guna resepi ni jer, setakat ni la..tahun-tahun depan i tak pasti la pula..tapi so far memang saya suka sangat dengan resepi ni..walaupun kadang2 setiap kali masak mesti ada lain sikit rasanya..ikut mood kot miahaha..tapi memang sedap.

Semalam terbuat banyak gravy dia, so kalau nak makan dengan lemang ke ketupat memang sedap la nak cicah hehe..saya buat pedas-pedas manis gitu..

Resepi asal saya ambik dari Blog kak Ummi home sweet home ,
resepi asal dari chef Hanieliza katanya hehe..thx akak sifu semua..uolss inspirasi saya :)

Meh la nak share resepi ni hehe


Bahan A
  1. 1 ekor ayam (potong kecil)
  2. 2 cawan santan pekat
  3. 1/2 cawan kerisik
  4. 2 helai daun kunyit
  5. 2 keping asam gelugor 
  6. 1 keping kecil gula kabung
  7. garam secukup rasa
Bahan B

  1. 3 labu bawang besar (saya guna sebijik bwg besar dan 6 biji bawang merah)
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 5 batang serai (ambil bahagian lembut/putih)
  4. 3 inci halia
  5. 1 inci kunyit hidup
  6. 1 inci lengkuas
  7. 15 tangkai lada kering
  8. 15 biji cili api (optional) kalau dah pedas tak letak pun takpe, buat hiasan jer

Cara-cara
  1. Bersihkan ayam (buang kulit) dan toskan.
  2. tumis sebentar bahan kisar hingga naik bau.
  3. masukkan kesemua bahan kecuali kerisik, daun kunyit, garam dan gula.
  4. masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau
  5. Masukkan garam, gula dan kerisik dan kacau rata. Seimbangkan rasa dan masak hingga kuah agak pekat..
  6. tutup api dan hiaskan dengan daun kunyit, saya tak minat sangat kalau daun kunyit campur sekali masa masak hehe..
  7. Hidangkan bersama lemang , pulut kuning atau ketupat.


TERIMA KASIH SUDI BACA :)

1 comments:

IntaNBerliaN said...

wah sedapnya nampak rendang ni :-)

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D