Sahabatku

Saturday, August 11, 2012

Sayu jer rasa bila nak berpisah

Assalamualaikum :)

Adus la..macamana ntah boleh terlupa nak renew road tax kereta..dah expired 8/8/2012 dan yang hari2 dok bawa kereta tu boleh tak perasan..hambek la! semalam nak renew tak dan dah, kad kereta segala kat rumah..so harap2 esok balik kg selamat la dari segala bencana..kalau ada takaful buka arini boleh la renew insuran tp roadtax kena gak tungguh isnin..

Kawan saya cakap tu la mana nak ingat apa-apa bila asyik ingat tidur jer..hurm! kecik hati juga bila orang cakap macamtu, bukan nak senangkan hati org malah nak tambahkan lagi sakit hati..sabar jelah..saya tidur setengah jam jer masa lunch break sebab kadang-kadang mengantuk sangat bila balik kerja dah malam, pastu jam 4 dah bangun sahur dan terus tak tidur dah..lagi pun dalam Islam pun anjurkan kita tidur sekejap lepas waktu zohor.

Ok la tak payah la nak kecik hati sangat kan..buat tak tahu sudah la..sabar jelah.

Yang paling saya sayu bila memikirkan dah tak lama lagi kita semua akan berpisah dengan bulan yang mulia ni..Ramadhan dah nak sampai ke penghujung, tahun depan ntah sempat lagi ke tak kita bertemu semula..

Kalau awal2 ramadhan dulu larikkk dari masjid yang imam baca surah panjang sangat..hehe lenguh juga kaki bila satu rakaat 1 mukasurat..hilang fokus..ni alasan tuk orang macam saya jer..masih lemah lagi bab ibadah :(

Sekarang rasa sayang pula bila hanya beberapa malam lagi boleh solat sunat beramai-ramai macam sekarang..tak kisah dah imam baca surah panjang macamana..menitis juga air mata bila teringatkan ramadhan dah nak habis.

Saya rasa sangat rugi sebab target untuk ramadhan kali ini masih jauh untuk dicapai..saya banyak sia-siakan masa..tak penuhkan dengan beribadat pun..ada juga "tercakap" orang..dengar orang "cakap" orang..ada terlepas marah..oh! teruk sungguh la perangai..

Semoga bebrapa malam yang bersisa ni saya takkan sia2kan..mana tahu rezeki bertemu malam lailatul qadar.. InsyaAllah



TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D