Semalam demam kemain panas lagi sampaikan pakai cool fever masa kerja..haha..kena bantai gelak oleh kawan-kawan..kata mereka superkiut macam naruto hakhakhak..suka sangat yer sindir orang..
Harini hantar kakak and family dia pula balik Muar..yelah cuti sekolah pun dah nak ke penghujung cerita kan..harus la 2 orang cikgu tu balik kan..sedih pula bila tengok 4 sahabat baik terpaksa berpisah..sampai ke gate dorang hantar sambil melambai-lambai..makcik dorang yang menengok adegan tu pun turut rasa sedih..
Hah! ni bukan nak cerita hal perpisahan 4 sahabat tu..
Tadi adik sepupu namanya Nurul yang baru berumur 7 tahun ada ikut hantar kakak ke airport..kiranya dia la salah sorang dari 4 sahabat tu hehe..
Dia ni anak tunggal..mak bapa dia dah berusia sebab kahwin pun dah berumur..kiranya mereka bukan orang senang..dua-dua pun cuma kerja macam-macam untuk menampung kehidupan..
Masa pergi shopping baju kat mall tiba-tiba Nurul senyap padahal sebelum tu kecoh jer main dengan anak sedara saya..
Mula-mula ingatkan dia merajuk ke apa kan..
Tak perasan pun masa tu dia tengah pegang satu helai T-shirt..perlahan dia jawab..
dia nak belikan baju untuk ayah dia..huhu.. T____T
tersentuh hati..bergenang juga airmata..nasib tak mengalir kihkih..orang demam memang sensitippp sket..
saya tanya cukup ke duit nak beli..dia tunjuk la harga T-shirt tu ngam-ngam RM20 sama dengan duit yang dia ada..patut la dia senyap, rupanya tengah budget duit yang ada..kami saja bagi duit poket kat dia sket..kang bagi banyak kalau hilang membazir la pula..
Tak sangka anak sekecil ini masih ada ingatan nak berikan something kat orang tua dia..dah tu dia bukan ada duit yang banyak pula kan..terharu kejap..dah tu dia siap tahu lagi saiz baju ayah dia..hurm! memang dah lama kot niat dia nak belikan baju..mungkin dia terfikir ayahnya tak banyak baju..
Bila tanya untuk mak tak belikan apa-apa ke..harus la budak ni pening hehe..jahatkan saya..bukan saja nak menduga..
tapi saya pula yang speechless bila dia tiba-tiba ajak saya cari baju yang rm10 jer..aduh sayang!
mana la ada baju rm10 jer..cari punya cari ada juga yang rm10 tapi memang tak cantik la..last-last suh dia beli jer baju yang selepas diskaun dapat la rm18..dia cakap takpe belikan brooch jer rm2 tuk mak dia haha..
Kesian tengok muka dia dah cuak..akhirnya kakak saya bagi lagi rm10 buat tambahan..
saya cakap kat dia..nanti kumpul duit bekal ke sekolah tiap hari untuk bayar hutang rm10 tu..bukan kedekut..memang niat kakak nak bagi jer pun, tapi saya sendiri yang suruh dia bayar..nak suruh dia tahu susah nak cari duit dan hadiah tu betul-betul ikhlas dari dia..
Sampai ke sudah dia tak beli brooch tuk mak dia..sebab dia teringat lagi kat paksu dia..last-last dia cakap nak belikan makanan jer biar semua dapat makan..dapat la dia beli sekotak minuman laici dan sebungkus buah anggur..
Terima kasih Nurul sebab ajar kakak benda baik macamni..
rasanya tak semua anak-anak yang dah berkemampuan akan ingat mak bapa lagi-lagi time tengah berseronok-seronok..
p/s mak bapa tak minta banyak..kita bagi sikit pun dah cukup buat mereka bahagia..yang penting ingatan! :)
2 comments:
alahaiii pndainya.. akak pulak yg terharu baca...
IntanBerlian~ kadang2 kita tak expect benda2 ni budak akan buat..harap2 sampai bila2 dia akan jd anak yang baik..kesian satu2nya permata hati mak ayah dia
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D