Sahabatku

Wednesday, June 27, 2012

Print dan bawa pergi shopping..

Assalamualaikum :)

Sebelum mula bicara jangan ada pula terkinja2 eksaited tak tentu arah..mentang-mentang la sebut shopping..takde benda lain nak pikir yek!

Ok ni bukan nak suruh print voucher diskaun beli baju ke apa benda yer..bukan tu jer penting..tapi ada yang lebih penting dan ramai yang sering mengabaikan hal ini.

Masih ramai orang Islam yang mengabaikan perkara ini ketika membeli bahan-bahan makanan..tak kira la bahan mentah atau yg ready to eat..macamtu juga kalau pergi makan kat luar..jarang nak ambik berat hal ini, sedangakan perkara ini amat berat dalam Islam.

HALAL masih ada yang tak kisah kan samada produk yang dibeli itu ada logo halal atau tidak..kalau ada logo pun adakah logo itu sah atau laku atau telah diiktiraf oleh JAKIM..kalau logo HALAL Malaysia pun masih ramai yang tak kenal apatah lagi logo halal dari negara asing kan..ramai yang lebih pentingkan brand dan rasa yang sedap tanpa memikirkan isu HALAL HARAM..

Ni saya nak share dengan uolss antara logo HALAL luar negara yang telah mendapat pengiktirafan dari JAKIM..jangan salah faham pula..logo ni bukan JAKIM yang keluarkan tapi memang negara asal produk itu yang keluarkan logo ini..JAKIM hanya mengiktiraf kesahihannya setelah pelbagai kajian ke atas produk dijalankan dan juga memantau keupayaan agensi yang mengeluarkan logo ini menjaga dan memantau premis dan produk agar kekal HALAL.


Kadang-kadang tekak kita ni terasa nak makan macam-macam..tapi bila tengok logo HALAL tetiba jd was-was la pula kan..meh la kita tengok logo HALAL luar negara yang boleh diguna pakai kat negara kita



Kalau rasa-rasa tak boleh nak ingat semua logo ni boleh jer print bawa setiap kali nak keluar beli barang..sekurang-kurangnya kita yakin dan tidak was-was dengan produk yang kita beli..dan lebih penting kita terhindar dari memakan makanan yang HARAM.


p/s semoga usaha kita yang sedikit ini diberkati ALLAH SWT..

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

4 comments:

IntaNBerliaN said...

skrg ni dkt makanan mcm2 pesen logo halal kan... siap ada tulis HALAL je pulak tu... :-)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thx for sharing..nak copy lah..~

misshannajr said...

@IntaNBerliaN tu la pasal..tp kalau ada yg ghupe macam gambar kat atas tu InsyaAllah ok..kalau tak ok biarq depa tanggung la :D

misshannajr said...

@LiLy @ MumMyQiStInA sila kan..kita spread info2 pentng macamni..mungkin masih ramai yang tak tahu..kalao dapat print lebih baik la..boleh letak kat masjid2 ke.. :D

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D