Tadddaaa!!! selamat berhujung minggu uolss!
saya....kena kerja hahaha..gelakkan diri sendiri.
Malam tadi kakak saya dan family dia bermalam kat rumah..means ada abang ipar saya la sekali..anak sedara lelaki saya yang masih comot tu takpe..yang abang ipar saya tu bukan muhrim saya..hahhh! gelabah nak carik tudung..yelah kan dah biasa dok umah sensorang..
Saya sebenarnya baru jer start mungkin sebulan yang lepas untuk menutup aurat kat depan abang-abang ipar saya ni..maksudnya kena pakai la tudung pastu baju pun yang menutup aurat kat dalam rumah sendiri..pernah terfikir sebelum ni..kenapa kat luar jer saya nak tutup aurat dari pandangan ajnabi..yang kat rumah ni pun ada yang bukan muhrim selain ayah dan adik lelaki..
Memang agak sukar..sebab selalunya kita akan rasa bebas kat rumah sendiri..nasib baik la bapa memang strictly melarang pemakain short pants walaupun kat rumah..kalau dah terbiasa lagi susah kot nak tutup aurat dalam rumah..
\\
Bayangkan..nak tengok tv..nak masak..nak makan kena sentiasa bertudung..memang agak rimas la..tapi bila memikirkan dosa yang bakal diperolehi lebih dahsyat takde apa melakukan hal yang semudah ini..bukan susah sangat nak tutup aurat kan..
Saya sangat respek dengan adik-adik saya yang terlebih dahulu melakukan hal ini berbanding kami yang lebih tua..terutama adik bongsu kami..dia yang memulakan dahulu dan diikuti oleh yang lain..itu la orang kata..yang lebih muda tak semestinya tak boleh jadi contoh.
kepada sahabat-sahabat wanita saya yang baca ni..sebagai ingatan dan sebarkan pada sahabat lain..
baik dan rapat macamana pun kita dengan saudara ipar lelaki kita hukum takkan berubah..aurat kita terbatas..mungkin ramai yang terlupa lelaki luar yang ada dalam rumah kita adalah saudara ipar lelaki...
p/s sedangkan dalam rumah pun kena jaga aurat..yang kat luar tu apatah lagi...fikir-fikirkan la sahabat sekalian..
6 comments:
Yup.Aurat penting.Juga batas kelakuan dan yang penting gak bab salam menyalam !:)
Wa'alaikumussalam.
Saya mendoakan semoga Cik Hanna terus istiqomah di dalam melaksanakan tuntutan agama.
Salam perkenalan dari saya dan ini adalah kali pertama saya menitipkan komen di blog Cik Hanna. :)
a'aa betoi tu.. aurat kita kne sentiasa jaga walaupun dlm umah..
Keli Menari!~ ramai yang terlepas pandang..
Shahrul!~ terima kasih banyak2..semoga Allah akan tetapkan iman saya..
IntanBerlian!~ ramai yang anggap ipar dah macam adik beradik..tu yg tak rasa apa2 tu
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D