Dah nak pagi tapi mata ni still tak mengantuk lagi..please la esok bukan sabtu tau haha..kalau la mata ni faham!
Esok pagi mula la liat bebenor nak bangun subuh..
Tau tak solat yang paling berat berat bagi golongan munafik adalah solat subuh dan solat isya'..
terkedu kejap bila terbaca ini..takut sangat bila terfikir selalu lambat solat subuh..susah sangat nak bangun..saya taknak termasuk dalam golongan munafik..
Dalam laungan azan pun ada mengingatkan kita bahawa solat itu adalah lebih baik daripada tidur..tapi mungkin azan pun kita tak dengar kan sebab masih dibuai mimpi indah..
Hikmah solat subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai yang memilih untuk menarik selimut membungkus diri daripada bangun bersolat..iya bukan mudah!
Saya sendiri mengakui sedangkan nak solat subuh bersendiri di tepi katil pun amat payah..ini kan pula nak solat berjemaah dimasjid..begitu lemah iman seorang hamba Allah..sedihkan..
Solat subuh ni terlalu banyak kelebihannya..sehinggakan ada seorang pemimpin Yahudi pernah berkata mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaat solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat jumaat..luar biasa kalau terjadi kat masjid-masjid negara kita ni kan..betapa hebatnya umat Islam yang bangun seawal dinihari untuk melakukan solat subuh sehingga musuh pun merasa gentar.
Rasulullah S.A.W pernah berkata "sesiapa yang mendirikan solat subuh, dia berada dalam peliharaan Allah. Jangan cuba membuat Allah membuktikan janjinya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat subuh, Allah akan menuntutnya sehingga dia membenamkan mukanya ke dalam neraka" (Hadis Riawayat Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Jom la kita sama-sama perbaiki mana yang masih kurang..
p/s bersama-sama berusaha untuk berubah :)
3 comments:
solat subuh bejemaah mampu menggetarkan hati orang bukan islam. gentar bukan islam tengok umat islam bersatu dalam solat
AKAK PUN KDG2 lps solat ada gak rasa nk tido tp bila byk keje.. so, nak tido pun rs mls la jadinya..hihii
:) waaaa..suke sgt entri nih..sarat dgn pengetahuan :)
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D