Wah! rasa hebat jer harini..haha hebat la sangatkan..bukan apa harini berjaya pergi berjogging pagi-pagi kat beach! uhuhhhh....best sangat udara pantai yang nyaman pagi-pagi..matahari pun baru start nak keluar bersama-sama dengan sang pelangi yang agak malu-malu nak tunjukkan diri..korang boleh bayangkan tak? ehehe..ni bukan imaginasi tau..memang serius tapi takde bukti la sebab tak ambik gambar pun..rugi tak bawa kamera rakam suasana yang damai tu..
Bukan selalu dapat relax hujung-hujung minggu camni kat tempat camtu..selalu ada jer hal..kalao tak balik kampung..ada urusan duniawi yang lain..urusan paling kerap terjadi tu adalah melayan mata dan kepenatan hingga hampir-hampir tengahari baru bangun kihkih! habis la makin tak laku camni kan..
Perasan tak bulan ni banyak hari-hari penting disambut kann..
Harini saya nak ucapkan Selamat Hari Jururawat buat semua nurses seluruh dunia, terutama buat kakak dan adik saya yang bergelar nurse tu...depa tengah bergembira mengembara di bumi Vietnam sekarang..ligat sangat berjalan sana sini tau..
Esok pula kita akan sambut Hari Ibu...ermm! sebenarnya saya agak keliru dengan tarikh mothers day ni..ada yang kata sekian..sekian tarikh..takpe la yang penting kita sayang mak kita tiap hari..
Buat Mak tersayang Puan Rupiah Binti Mosdim..selamat hari ibu! kami anak-anak mama sangat sayangkan mak..walaupun kadang-kadang tak terluah dengan kata-kata atau perbuatan tapi dalam sudut hati mak adalah insan yang paling istimewa..kami tau mak juga sangat sayangkan anak-anak mak 12 orang ni..terima kasih yang tak terhingga buat mak..semoga saya dan anak-anak mak yang lain akan sentiasa menjaga, menghormati, menyayangi mak hingga ke akhir hayat kami..semoga Allah akan memuliakn mak di sisiNya..nak cakap pasal mak ni rasanya sampai bila pun takkan habis..terlalu istimewa..
Happy mothers day juga buat kakak-kakak saya yang dah bergelar ibu..semoga berjaya jadi ibu yang baik..juga semua sahabat yang bergelar ibu dan akan bergelar ibu :D
Tak lama lagi kita juga akan meraikan Hari Guru!
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru...istimewa buat ibu dan bapa saya yang sentiasa menjadi guru buat saya dan adik beradik dari dulu hingga kini..tQ!
Buat semua bekas guru saya yang pernah menitipkan walau sedikit ilmu..terima kasih..semoga Allah akan membalas jasa kalian..
Istimewa juga buat kakak-kakak dan adik-adik saya yang bergelar guru..semoga jadi guru yang baik dalam mencurahkan ilmu pada murid kalian..
khas buat adik saya Siti Aminah yang akan menyambut hari guru dan sekaligus sambut birthday juga pada 16.5.2012..tahun ni sambut kat maktab lagi..tahun depan sambut kat sekolah dah! hehe..tahniah saya suka usaha gigih kamu mencuba pelbagai teknik untuk murid agar sukakan subjek math! semoga berjaya :D
Wah! dah macam ucapan dapat trofi pulak..kihkih..kalau cmni punya ucapan masa kat pentas kompom semua leleh air liur basi dengar..tak ingat nak jumpa noktah!
p/s kenapa la farmasi takde sambutan hehe..Hari Ubat sedunia ker..ok la juga kan :P
2 comments:
saya pun selalu konfius dengan tarikh hari ibu ni...huhu
selalunya hari ibu disambut pada hari ahad minggu kedua bulan may.
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D