Lenguhnya la kaki ni..rasa macam lebih 10KM saya berjalan pusing keliling mall tadi..geram sangat apa yang dicari tak jumpa pun. Last-last tengok la apa hasil tuaian saya dengan jayanya..lain pula la dibeli..
Dari last week lagi misi mencari kasut kerja yang MAHAL..BRANDED..LEATHER..CANTIK..SELESA.. hah! apa lagi nak kata ntah!
Bukan nak berlagak tau!
Selalu nak beli kasut keliling cari yang murah dan ada diskaun..tapi kali ni jer baru terhegeh-hegeh nak cari yang mahal..kalau boleh yang ada diskaun pun tak pandang haha..ayoyo! jangan la macam tu adik manis.
Sebenarnya kami-kami kerja gomen yang wajib pakai kasut formal pergi kerja (yang pakai uniform) tahun ni dapat elaun kasut sebanyak RM300 untuk 2 pasang..tahun sebelum ni asyik dapat kasut PVC..design plak huduh nak mammpss haha..serius nak pakai pun tak rela sebab rosak la kaki yang halus mulus dek kekerasan material yang digunakan..tak berbaloi..
Jadi dah alang-alang boleh claim tu dan amount pun banyak tu baik la beli yang elok kan..
Tapi masalahnya kasut yang mahal ni design tak berapa nak cantik..tak suka!
Dah banyak tempat pergi..Scholl..clarks..bonia..polo..aduh! segan nak sebut haha, pestaim la kannn..
Dah jumpa yang design lawo kemain plus selesa empuk semacam bila dipijak sekali tengok harga meroyan jap..lebih budget la pula..tak memberi kerjasama langsung la.
Tengok la si biru saya yang kacak ni! hensem kan haha..buang tabiat la mokcik tua ni nak jadi ala-ala remaja semula..adooo akuu kesahh mak jemah kihkih! ni terbeli tadi..bukan nak beli sangat tapi nak guna esok..tetiba kasut yang sedia ada hilang sembunyikan diri tanpa dapat dikesan..ehem! mesti i ensem pakai ni nnt :P
Yang atas ni pulak alkisahnya memang idaman kalbu! ewah..cantik sangat..bagi i la..kalo uolss tak setuju takpe..kita putus kawan..amek ko! Puas cari kat merata BATA baru jumpa saiz yang sesuai..ok yang ni simpan untuk raya..miahaha..eksklusif untuk tontonan uolss jer tau! simpan dalam gobok ketat -ketat jangan sampai lipas boleh kesan.
Aiks! ada lagi...apa pemboros la sahabat mak jemah ni..ok..ok...yang ni pun ada alasan juga tau..ekceli kan..kasut RAYA kat atas tu nak beli untuk pergi wedding kawan kat HOTEL..ni la masalahnya kalau kawen kat hotel bagai..bukan nak kutuk tapi tu la hakikatnya..nak taknak kena la juga bergaya sedikit sebab kasut yang ada hanya layak bawa bersiar-siar tepian pantai..tapi sedih yang amat sangat tak jadi pergi wedding tu sebab stuck kat parking mall hampir 2 jam gara-gara blackout seluruh sabah..sadis kan kisah saya..hikmahnya kasut tu tak rasmi lagi hehe..ok..kasut ni la saya beli untuk pergi wedding tu sebab si cantik kat atas tu saya belum beli lagi..bila dah beli kasut ni baru la cindarella jumpa kasutnya yang cantik kat atas tu..dan dengan tamak haloba beli juga si cantik walaupun dah ada yang ini..
Lelah menaip..panjang sungguh story mory..bagus la esok pengsan sebab tak cukup tidur..
Aktiviti esok kita citer lain kali ok! taaattttaaa...
p/s hujung bulan ni dateline untuk submit claim..habis la saya!
8 comments:
ehh, kasut yang handsome tu berape? ;) teringin nk ada kasut mcm tu. kite ade heels je.
hehe..gelak akak awak sebut cmtu..ala hensem tapi murah jer rm39.90 :)
hihii betoi tu.. kalu kawen kt hotel.. kita pun nk lh bergaya gak kn..hehee
IntanBerlian~ kan..tak pasal2 nak juga keluar duit..bukan nak menunjuk tapi nak sesuaikan dengan keadaan jer hehe
ouhk, beli kat mane? hehe. sorry banyak tanya skit. haha
cantik pulak nengok kasut yg hensem tu hehe
akak beli kat sabah la sayang :P
emma~cantik ke hensem ni haha...takmo la 2 alam :P
Post a Comment
tQ sebab sudi komen kat sini :D