Sahabatku

Sunday, March 4, 2012

Tidur mengiring ke kanan..bukan sekadar petua tapi Sunnah Rasulullah

Assalamualaikum :)


Eh! mentadak mentadu macamana gaya si Nina ni tidur..tunjuk la kat sya".......hehe..ayat biasa masa budak2 dulu kalau jumpa menatang mentadak yg suka menyamar tu..kenal tak adik2 sekalian dengan menatang ni..takde dah kot menatang tu zaman ni..kalau nak tahu rupa dia sila google la ek! hehe..

Sya pasti seribu satu macam gaya tidur uolss kan..tak payah tipu! tahu sgt :P
Ada yang tidur terlentang..ada yg tutup muka dengan bantal ish! bahaya ni nnt susah nak napas kan..ada juga tidur meniarap..tak kurang juga yg tidur gaya bebas haha..mcm adik sya masa kecil dulu kalau tdr dengan dia boleh pengsan namblas saat sebab tak boleh nak bernapas dengan normal..sedap jer letak kaki dia kat leher kita..dan anak sedara banyak kopipes gaya tidur tersebut haha..hurm! kalau berdengkur..mengigau..main laga-laga gigi masa tidur tu bukan gaya tidur..tu aksi sampingan namanya hikhik..

Tahu tak korang cara tidur yang paling baik adalah mengiring ke sebelah kanan dengan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipi dan kedua betis dibengkokkan serta menghadap ke arah kiblat. Ini bukan semata petua orang tua-tua..ini adalah sunnah Rasulullah, cara Baginda sendiri praktikkan. Ketahui la apa sahaja perbuatan Nabi pasti ada kebaikannya..Cara tidur seperti ini bukan sahaja kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah tapi banyak kebaikan dan manfaat dari segi perubatan.

  1. Mengurangkan beban jantung----> jantung kita terletak disebelah kiri dan jika kita mengiring ke sebelah kanan maka beban aliran darah keluar masuk ke jantung akan lebih rendah. Posisi ini juga bagus untuk paru-paru kerana paru-paru kanan bersaiz lebih besar dari paru-paru kiri, jika menigring ke sebelah kiri pasti paru-paru kiri yang besar akan menimpa paru-paru kecil dan juga jantung.
  2. Terdapat kajian dilakukan, jika tidur mengiring ke kanan akan mempercepatkan penghadaman makanan dengan baik iaitu selama 2-5 jam makanan akan ditolak ke usus. Ini pasti baik untuk mengelakkan obesiti. Jika tidur mengiring ke kiri pulak makanan akan ditolak ke usus selama 5-8 jam.
  3. Boleh menstabilkan paras hormon pada setiap kelenjar untuk tempoh 24 jam.
Saya dapat kongsi 3 jer, tetapi ada banyak lagi kelebihan jika tidur mengiring ke sebelah kanan..sama-sama kita menghidupkan sunnah Rasulullah :)


p/s sya kalau tidur bantal mesti penuh kat katil :)




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D