Sahabatku

Friday, March 30, 2012

Start cuti sebelum ke tempat baru

Assalamualaikum :)


salam jumaat semuanya!!!
hoyayy!! harini start cuti tuk seminggu bersama BFF kesayangan saya yang datang dari KL..happy sgt!!
kebetulan sangat sya dah apply cuti ni lama dan baru tau plak dapat transfer..maknanya double happy :)

Demi nak menyejukkan tekak di hari yang panas ni..HOT..HOT.. jom kita layan eskrem! hehe 3 hari baru dapat selesaikan eskrem ni sorang-sorang tau..tp yang tak bestnya eskrem kat part last sekali tu coklat dia manis amat..

harini saya jadi mak supir..sampai dua kali pergi jemput orang kat airport..pagi ni adik tersayang sampai dari Kuching..dia dah selamat habiskan diploma dia kat Pusat Latihan Dakwah Jakim..Alhamdulillah..moga terus jadi orang yang soleh..berat tanggungjawab dia selepas bapa sebab hanya dia saja satu-satunya anak lelaki bersama dengan 10 orang lagi adik beradik perempuan..kalau arwah abang masih ada mereka bertiga la lelaki kami..huhu sedih plak teringat kisah pemergian arwah 9 tahun lepas..teringat macamana adik lelaki saya ni mengamuk masa tau arwah abang meninggal..masa tu dia baru berumur 12 tahun...mungkin masih tak faham tak boleh meratapi kematian macamtu..

My Bff juga akan sampai petang ni...tak sabar sangat nak jumpa dia! dah lama tak jumpa tau..last sekali saya datang KL 2010..huhh! lama giler kan..apa nak buat dok jauh kan..tapi takpe yang penting kat hati sentiasa ada sahabat-sahabat tersayang..kami akan bercuti selama seminggu..tak plan pun nak pegi mana-mana tp yang penting boleh bergumbira bersama :D



p/s moga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah abg saya Mohd Ali dan anak saudara Muhammad Amir Fakhi yang  minggu ni dah setahun meninggalkan kami :(





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D