Sahabatku

Sunday, March 18, 2012

Cantik sangat ker cukur atau cabut kening wahai wanita?

Assalamualaikum :)

Saya jarang nak buat N3 yang serupa ini..yang berkaitan dengan artis atau mana2 public figure..tak kisah la gossip atau perkembangan terkini..memang tak minat..

Tapi pagi tadi bila terbaca ini kata facebook saya rasa saya nak luahkan sesuatu..tentang apa yang saya rasa dan ingin perkatakan..pada mulanya saya susah nak faham apa sebenarnya info nak disampaikan..saya baca berulang kali takut kalau2 tersalah faham..

Saya baca juga  LINK INI dan cuba fahami betul-betul sebab takut nanti seperti dakwaan Kak Wardina kita ni ambil "bulat-bulat" tanpa cuba faham dengan baik..maklum la cakap arab tak reti..hehe tapi link yang saya sertakan ni sepenuhnya dalam bahasa malaysia...tak faham juga tak tahu la..

Banyak statement kat bawah ni saya memang tak setuju langsung..

Kalau kita tak ambil kisah hal-hal kecil dalam agama macamana pula nak tahu hal-hal besar..kadang-kadang kelihatan kecil tapi besar impaknya..kalau dah sahih mencukur atau mencabut bulu kening itu HARAM adakah itu masih hal kecil..memang boleh diukur soleh ke tak seseorang bila perkara haram biar kelihatan kecil pun tapi dilakukan dengan sengaja..

Mungkin orang yang menegur Kak Wardina ni berniat baik untuk membetulkan mana yang khilaf, bukan bererti dia judge orang..kalau macamtu habis la sesama islam tak boleh tegur menegur untuk membetulkan mana yang silap..

Bila dah baca jawapan Ustazah kat link tu saya terfikir, adakah kening Kak Wardina kita ni pelik?? tak kan..normal jer even dia tak cukur pun..tak tumbuh merata-rata dan wajah dia pun masih kelihatan normal sebagai seorang wanita..Kalau betul dia berhias untuk si suami tapi kenapa dipertontonkan pada lelaki lain..kalau pakai purdah nampak mata jer lain la..

#saya pun tak tahu nak cakap apa lagi bila baca ni..mungkin banyak sangat bertanya kot!

Sumber: Sensasi

Luahan Wardina: 

Saya risau dan kurang faham dengan mentaliti sesetengah orang Islam... isu kening menjadi bahan bualan hebat... isu bertudung bak rahib kini menjadi kegemaran setelah bonggol unta ditinggalkan buat seketika...

Mengapa isu yang lebih besar dan penting yang tidak pula mahu diambil tahu... adakah ini muslihat supaya umat ISlam terus berbual mengenai perkara kecil hingga melupakan perkara-perkara yang lebih besar? TIDAK bukan muslihat tapi hakikat pemikiran kita yang gagal melihat "the bigger picture" of things....

Persoalan saya tak penat kah, mencari dan cuba menilai orang lain....? Kita ni pun kalau Allah beri "hak" untuk menilai TAK MUNGKIN dapat Adil dalam penilaian kita... Stop it please.. kita semua dibayangi sikap bias dan prejudis kita.. kebanyakan dari kita terlalu menurut emosi termasuklah saya... jadi peringatan buat diri dan semua.... tak usahlah jadi hakim di dunia ini......


"Haaa dia ni baik sebab tak cabut kening!" "Macam tak ikhlas je...." atau "Nak menunjuk baik sangat lah tu!" - Allah!!!! LIhatlah kembali kata-kata kita itu... lihatlah betapa berulatnya hati kita... Manusia itu BERBEZA... mereka mempunyai jalan hidup berbeza... kalau orang lain tak sama dengan kita.. lakukan sesuatu yang kita rasa salah atau bertentangan... fahami mungkin ada sebab yang kita tidak fahami..

Adakah mencabut kening atau mencukur kening menjadi ukuran "soleh" nya seseorang itu..? Adakah kita benar-benar FAHAM maksud hadith tersebut? Adakah kita bertanya pendapat Ustaz yang berbagai dan meminta Ustaz tersebut menerangkan makna bahsa Arab yang dikaitkan dgn mencukur dan sekarang ada orang menambah mencabut pula?

Tolonglah faham perkataan Arab jika di alih bahasa boleh membawa maksud yang berbeza... perlu juga difahami hadith-hadith dalam konteks hadith tersebut dikeluarkan, keadaan semasa itu.. mengapa ianya dikeluarkan, apa terjadi ketika itu??



Islam agama yang membenarkan kita banyak menyoal dan bertanya - KITA TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MENGIKUT SECARA TAKLID.... apatah lagi forward berita dan hadith-hadith yang kita tak tahu hujung pangkalnya...

Sikap kita yang suka menerima bulat-bulat berita yang disampaikan hanya menggambarkan betapa tenatnya pemikiran umat Islam tatkala ini... Kita perlu berusaha membangunkan kapasiti intelektual kita ...

Mari bangunkan minda dan bersikap lebih proaktif.. kita sibuk mengukur "keimanan" seseorang tapi dalam masa yang sama kita jugalah yang culas solat, yang mengata, yang buang sampah ... Apa kata non Muslim apabila melihat orang-orang Islam berbalah mengenai perkara-perkara kecil begini? Tertarikkah mereka dengan Islam? Majukah kita?

Memberi pendapat dan menghakimi BERBEZA... mengutuk dan mengritik juga berbeza.... itu pun kena faham juga....

Kita semua tak sempurna, sekiranya ada orang melakukan kesalahan maafkanlah.... lebih mudah begitu... maafkan diri sendiri juga... kerana Allah Maha Pengampun..

Tak tahu nak cakap apa lagi....:)






p/s maafkan andai ada yang tersalah taip..





 

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

1 comments:

IntaNBerliaN said...

rs muka peik bila cukur kening..

btw, nanti hana bg akak detail yer :-)


http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/03/senarai-nama-peserta-intanberlians.html

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D