Sahabatku

Saturday, March 17, 2012

Amah import mewah!!

Assalamualaikum :)

Amboi ada dengar kat berita amah atau orang gaji atau maid dari indonesia makin demand pulak ek! tau la banyak permintaan tapi macam makin tinggi pula syarat-syarat yang depa bagi..

Maid hanya perlu lakukan satu kerja dan dapat gaji minima RM700...hamboi!
Seronok la, lagi-lagi yang tukang masak..habis masak boleh baring-baring depan tivi layan senatron..
dah puas kumpul duit kat sini boleh blah balik kg jadi jutawan haha!
tu kalau buat satu kerja..kalau ada yang request buat pelbagai kerja seperti maid yang sebelum ni berapa pulak la kena caj yer!

Yang saya fikirkan bukan masalah amah import ini..
Tapi terfikir kenapa orang kita sendiri tak mahu ambil peluang ini sendiri..
kenapa tak standard kan gaji amah kat Malaysia sebelum ni..ikut suka hati tuan nak bagi gaji berapa..
kalau macamni punya tinggi takkan la xde orang kita nak jadi maid..yelah kalau dah buat satu kerja boleh cecah RM700 rasanya lebih tinggi dari gaji tukang masak kat kedai mamak kot! mungkin juga lebih tinggi dari gaji pekerja2 supermarket yang kerja hampir seharian.

Kenapa mesti nak dahulukan "orang luar" yang sebelum ni dah banyak masalah berlaku..kalau saya sendiri ada anak sya akan elak seelak elaknya dari anak saya djaga oleh maid dari luar ni..hurm! ayat apa ntah hehe

Lagi satu kenapa takde pihak yang amik inisiatif buat taska kat tempat kerja..ada tapi cuma segilintir tempat yang terpilih..macamana pula dengan tempat lain..Bagi saya masalah utama orang nak menggaji maid adalah sebagai pengasuh anak-anak kecil yang terpaksa ditinggalkan semasa ibu bapa bekerja..kalau bab masak tu dah tahap pemalas tegar la kalau dah kahwin tapi tak sanggup nak masak tuk family sendiri..

Kepada kawan-kawan yang ada anak kecil atau yang berniat nak ambil maid import ni..fikirkan semula kebaikan dan keburukan..rasanya banyak keburukan kot!


p/s nanti tuan rumah terpaksa reserve parking kat rumah untuk kereta maid pulak o___O
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

tu lah, mahal kan. sdgkan rakyat malaysia gara2 malu jdi pembantu, snggup kerja yang lebih susah dari maid dan dapat gaji RM 300 saja sebulan-,- salah siapa?

misshannajr said...

Silap banyak pihak sebenarnya..kenapa masa orang kita jadi amah gaji tak setinggi ini..dan kenapa plak malu jadi amah sedangkan kerja kat tempat lain pun kuli juga kan hehe

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D