Sahabatku

Sunday, February 12, 2012

Kionsom Waterfall::banyak lagi nak kena explore kat negeri sendiri..

Assalamualaikum :)





Harini jadual penuh dari pg ke petang..pagi2 lagi dah ada orang booking nak belajar buat ciskek..ok la walaupun ilmu masih tak seberapa tapi boleh la setakat nak share dgn orang nak belajar kan hehe..

Lepas habis main masak-masak kami plan nak pergi picnic kat Kionsom waterfall..tp masa tersasar dari yang sepatutnya sebab sempat lagi goreng cempedak dan mee sekali buat bekal..hehe mcm budak2 jer..

Kionsom waterfall ni sya baru tau kewujudannya..kalau tau dah lama jadi tempat lepak kot :D
Saya tahu pun sebab semalam pergi umah seorang ustaz nak beli jus khal..punya la sesat nak cari tempat ni hehe..masa kol ustaz tu ada bgtau umah dia jalan nak pergi Kionsom waterfall..dia tanya tahu ke tak..saya konfiden jer jawab tahu hehe..sekali sesat daaa..dah la hujan, bila berhenti tanya orang kat tepi jalan tanya arah mana nak pergi waterfall ni dorang pun pelik sebab masa tu hujan lebat..haha! takkan la nak pergi waterfall masa hujan-hujan kot kan..agak-agak la..ada hikmah gak sesat semalam..tahu juga kat sini ada waterfall hehe

Kionsom waterfall ni terletak kat Inanam, tak jauh dari bandaraya KK..mungkin ambil masa 1/2 jam kot..yang agak susah nak cari sebab takde signboard waterfall ni..jd kalau rasa tak jumpa tu bila sampai area Kionsom memang kena turun tanya dengan orang kampung.

Nak masuk sini dewasa kena bayar rm1.50 jer..dengar cerita tempat ni diusahakan oleh orang kampung..jd rm1.50 tu kira upah dan juga untuk penyelangaraan la kot..

Tempat ni memang segar sangat..boleh rasa udara yang nyaman..sejuk jer..bila tengok air terjun yang deras mengalir tu memang rasa nak lompat masuk jer..sejuk jangan kata la..berendam 10 minit pun dah menggiggil kot..

Kami tak mandi tadi sebab tak bawa baju tuk salin..just tengok2 pemandangan sambil2 tenangkan fikiran ewahhh!! hehe..ada la juga rendam2 kaki..dah geram nak celup badan sebenarnya tp tahan hati jer..takpe next time datang nak bawa geng ramai-ramai baru seronok..makan pun berselera jer..sapa yang rasa-rasa nk diet tu elakkan makan kat tempat mcmni..selera sungguh hehe

Banyak lagi sebenarnya tempat kat sabah ni yang saya sendiri belum pernah pergi..lepas ni kena rajin la jenjalan kat negeri sendiri..boleh kenalkan negeri sabah kat kawan-kawan yang belum penah sampai sini..ok la babaiii..nak tidur :)


p/s menghargai ciptaan Allah





TERIMA KASIH SUDI BACA :)

2 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Cantiknye waterfall tu..
orang sabah ye..
lily pun sabah juga..org Tawau..tapi skrg stay kat JB..

misshannajr said...

cantik kan..
la mummy c qis ni org sabah bah pulak hehe..oh org tawau!

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D