Sahabatku

Sunday, September 25, 2011

nak berdiet?? jangan makan buah ini..

Assalamualaikum :)

Nak tahu tak, ada tiga jenis buah yg kita kerap makan sebenarnya kurang baik utk kesihatan kita..kalo ada majlis ke apa mst buah ni kerap dihidangkan sbg pencuci mulut..sebab sng nak dapat dgn harga murah..dan yang penting sedap..sya antara penggemar 3 jenis buah ni..

Tembikai....pisang dan oren...sedapnya!! kalo time panas terik,,tekak tgh kering kontang dapat makan buah tembikai..perghh!! nikmat tak terkata..menaip smbil telan air liur..


Walaupun dah set dlm otak kita makan buah bgs utk kesihatan tp sebenarnya ada sesetgh buah yang mengandungi jumlah gula yang tinggi..utk yg takde mslh kesihatan mkn ala kadar ok..tp pada yg ada mslh kesihatan atau tgh on diet mmg kena jeling sket2 sudah ok!

Tembikai walaupun kaya dgn serat dan komponen penentang kanser tp kandungan gula adalah sgt tinggi..pilihan sebagai pengganti adalah beri..

Pisang walaupun hanya mengandungi jumlah kalori 100-120 tp memiliki GI (indeks glisemik) yang tinggi yang blh mnyebabkan tahap gula meningkat..Epal sbg pengganti yg lebih baik kerana hanya mengandungi 28 GI berbanding pisang 70 GI.

Oren memang sgt kaya dgn antioksidan iaitu Vit C tp buah ini jg mampu meningkatkan gula dan kalori berbanding buah sitrus yg lain..sebagai pilihan yang lebih baik buah anggur hanya mengandungi 25 GI berbanding buah oren 50 GI.

p/s boleh makan tp bersederhana..
TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D