Sahabatku

Sunday, August 21, 2011

::Sambal tomato::

Assalamualaikum :)

Sambal tomato yang telah dicampurkan dengan quinin


Sebelum nak memengsankan diri, nak buat satu N3 makanan plak..rasa dah lama tak share resepi kat sini..sebenarnya sya pun dah lama tak masak hahaha..pg td alkisahnya adik bongsu kesayangan kami tu tiba2 sms request sambal tomato yg sya slalu buat tu..aiks! budak bertuah ni..6 hari lg dia nak balik sabah awal2 dah request mcm2..hehe baru berapa bulan kat CFS IIUM tu dah tak sabar2 nak blk kg..

La ingtkan dia suh masak sambal tu nak mkn kat umah, rupanya tuk bawa balik KL nnt..sabar jer la ko c kurus..cara dia sms tu mcm nak urgent sgt la hai!! takpe tuk yg sya syg apa pun sya sanggup hehe..budget mithali la tu hikhik..

k la jom kita layan resepinya..simple jer..kalo dah kali kedua buat dah boleh adjust sndri bahan2 hehe..

Bahan-bahan

  1. 10 Biji tomato (rendam dgn air panas hingga kulit mudah ditanggalkan)
  2. Belacan sebesar ibu jari
  3. Bawang merah (dipotong kasar)
  4. 10 biji cili ( ikut selera, jika mahu pedas lebihkan cili)
  5. Garam secukup rasa
  6. Gula secukup rasa
  7. Ikan Bilis jika suka..
  8. Minyak masak
Cara-cara
  1. Potong tomato yang telah dibuang kulit (toskan)
  2. Tumbuk cili bersama dengan belacan.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
  4. Kemudian masukkan kan bawang merah yg telah dipotong kasar.
  5. Masukkan cili dan belacan. Tumis hingga cili masak.
  6. Masukkan pula tomato dan kacau sentiasa sehingga air kering dan sambal kelihatan berminyak.
  7. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Note:
  1. Cili akan semakin pedas bila digoreng.
  2. Sambal betul2 masak dan tidak akan menyebabkan sakit perut bila sambal yg telah masak adalah separuh dr yg mula2 dimasak.




TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D