Sahabatku

Thursday, August 25, 2011

:: Blended Orange Cake ::

Assalamualaikum :)

jgn gelak yer tgk hiasan kek ni hehe..letak yogurt  oren sbg topping N.I.C.E :)

Fresh from oven


Termengidam sesuatu la pulak..erk! bukan mengandung ok! yg mengandung tu wife abg Ben hehehe..
tp buat masa ni mmg xde masa nak membaking..kesian kat oven comel sya tu..hari2 kerja smpi lewat pagi..
tp kek ni sya akan buat utk kawan yg dah tempah raya nnt..

Utk kat umah sya sndri pun wajib ada kek ni, sbb sedap..mudah nak buat dan sikit jer kos..tp berbaloi tau..
yang kat dalam pict tu sya buat masa ada jamuan kat opis..komen kwn2 sgt positif..ewah!! hehhe..yup seyes suma ckp sdp dan lps mkn suma minta resepi..tp smpi skrg tak buat2 lagi makcik2 tu.


sapa nak tambah juadah raya nnt boleh la try kek ni..kompom sedap..tak payah nak guna mixer bagai..sng sgt..cakap byk pun tak guna kalo tak bg resepi iya dak! hahha..

jom cikedaut resepi yg simple mimple ni..bukan pimple okies! nak raya ni mnta jauhkan la dr cik pimple hehe


Sumber Kak Fida dari My Resepi..
kopipes 100% hehe mls nak menaip..




Bahan-bahan :)

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

note:
  1. kalo boleh guna la oren yg besar yg harga singgit lbh sebijik tu..lbh manis dan xde biji..
  2. kalo takut pahit boleh buang sket kulit oren tu..sket jer tau..kulit tu bg aroma dan rasa pd kek..
p/s kecur air liur trbyg buah oren yg sedap tu..slurpp!!

TERIMA KASIH SUDI BACA :)

0 comments:

Post a Comment

tQ sebab sudi komen kat sini :D